27Jan

Aplikasi Vinode Membolehkan Pengguna iOS Mengetahui Pelbagai Info Dalam Kaedah Interaktif

Perisian, Web 2.0

Dunia pembangunan aplikasi sepanjang tahun 2012 ini disasarkan untuk terus menarik, dengan pelbagai aplikasi baru dihasilkan pada platform iOS, Android, Symbian mahupun Windows Phone. Dan salah satu aplikasi iOS terkini yang diperkenalkan oleh pembangun ParkingMATA adalah aplikasi berasaskan realiti augmentasi, dinamakan sebagai Vinode.

Melalui aplikasi Vinode, pembangunnya mensasarkan untuk memperkenalkan beberapa fungsi secara berperingkat satu demi satu, yang mana semunya bergantung kepada sokongan realiti augmentasi, dmana akan digunakan melalui penggunaan kamera pada peranti iOS.

Untuk versi pertama, Vinode membawakan sokongan untuk mengetahui informasi cuaca disekitar anda. Melaluinya, anda hanya perlu membuka aplikasi tersebut, yang mana akan mengaktifkan kamera, dan seterusnya melihat laporan cuaca sepanjang hari pada sesuatu lokasi dengan mudah.

Memandangkan ianya menggunakan sokongan realiti augmentasi, animasi yang dipaparkan nampak realistik, sekaligus membolehkan anda mengetahui apakah laporan cuaca untuk sepanjang hari terus melalui skrin telefon pintar iOS anda.

Pembangun Vinode juga mensasarkan untuk memperkenalkan beberapa fungsi tambahan pada versi akan datang, termasuk sokongan hiburan, pengiklanan, informasi setempat dan banyak lagi.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Vinode yang dibangunkan oleh pembangun tempatan ini, dan mula menggunakannya hari ini.


MySpace Sudah Mula Menyediakan Perkhidmatan Emel
Opera Memperkenalkan Opera 11.5 Swordfish Alpha
Opera 12 Alpha Dilancarkan - Membawakan Sokongan Penuh Hardware-Acceleration
Infografik : Sejarah Piawai Web Dari Dulu Hingga Sekarang
Firefox Aurora Untuk Android Membawakan Antaramuka Baru Pelayar Web

10 Komen

  1. Masri Amin pada 27 Jan 2012

    makin hebat la..

  2. mancai pada 27 Jan 2012

    semakin canggih dan berinovasi

  3. Drexar21 pada 27 Jan 2012

    Suka gila concept apps ni. Lebih berkesan dan interaktif :P

  4. Omar pada 27 Jan 2012

    Pasni jangan ada apps ART yang boleh imbas badan manusia dah ler.. Naye jer..

  5. Fikri Adhiey pada 27 Jan 2012

    best nya… pasni buat apps yg boleh detect org berkhalwat. LOL!

  6. littlenazo pada 27 Jan 2012

    lepas ni ada injil dengan kaedah interaktif untuk hassan ali

  7. Alan pada 27 Jan 2012

    Mungkin di tempat-tempat yang popular sahaja dia dapat detect.
    Hehe

  8. Lia Nadia Qistina pada 27 Jan 2012

    ia di buat oleh developer tempatan .. bangga..

  9. Azmir pada 28 Jan 2012

    canggih

  10. AMR pada 30 Jan 2012

    menarik.. boleh try nih..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader