18Jan

VLC Media Player Versi 2.0 Bakal Menemui Pengguna Tidak Lama Lagi

Perisian, Sumber Terbuka

Dalam ratusan pemain media yang terdapat dalam arena industri perkomputeran pada hari ini, VLC Media Player yang dibangunkan oleh VideoLAN merupakan salah satu pemain yang popular, dan digunakan ramai, disamping menyokong pelbagai jenis video berbeza. Dan pembangunnya mensasarkan untuk terus menambah dan mengekalkan pengguna mereka melalui versi baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang menyokong pelbagai jenis video pada semua sistem operasi, tidak kira Windows, OS X ataupun Linux. Melalui versi 2.0, ia turut membawakan sokongan Blu-Ray Discs, serta beberapa sokongan tambahan baru seperti pengimejan WMV dan yang lain. Setiap filter video juga boleh di transcode melalui versi baru ini.

Dan salah satu perkara yang menariknya adalah sokongan untuk versi 64-bit, dan juga sokongan untuk platform mudah-alih, terutamanya Android dan juga iOS. Walaubagaimanapun, masih tiada aplikasi VLC pada Apple AppStore setelah ianya dibuang oleh Apple pada tahun lepas. Namun, para pengguna peranti iOS boleh mendapatkannya melalui halaman khas pada laman VideoLan. Perkara sama juga untuk para pengguna Android.

Sepanjang tahun ini juga mungkin kita boleh mensasarkan untuk melihat lebih banyak perkembangan positif daripada pembangun VideoLAN untuk aplikasi yang dicintai ramai, VLC Media Player.

Bagi mereka yang berminat untuk menguji versi pembangunan VLC Media Player 2.0 yang masih lagi belum stabil sepenuhnya, anda boleh memuat-turunnya daripada laman pembangunan VLC, dan mengujinya sendiri. VideoLAN dijangka memperkenalkannya secara rasmi pada minggu depan.


Pembangunan Firefox 7 Dimulakan
Ovi Store Kini Dijana Menggunakan Nokia Drop
Docomo Memperlihatkan Demo Aplikasi Penterjemah Suara Masa-Nyata
Adobe Photoshop Touch Untuk iPad 2 Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun
JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me

13 Komen

  1. Hazriq Ishak pada 18 Jan 2012

    this is nice! :D D

  2. EddyGeek pada 18 Jan 2012

    dengar kata VLC support 10bit sekarang, tapi cuma untuk versi beta buat masa ni…

    • ibnumalik pada 18 Jan 2012

      10 bit tu ape?

      • Meleis pada 19 Jan 2012

        bit depth video, bukan processor 32 atau 64 bit.

  3. Lia Nadia Qistina pada 19 Jan 2012

    wow .. pasti akan muat turun selepas ini. thanks for the link.

  4. Juan pada 19 Jan 2012

    aku pengguna tegar VLC player dan kmplayer

  5. Luxuryhost pada 19 Jan 2012

    VLC versi portable salah satu apps wajib dalam pendrive aku.

  6. beliamuda pada 19 Jan 2012

    Selalu nampak VLC Player ni dalam komputer yang digunakan di Universiti. Alternatif kepada Windows Media Player selalunya.

  7. azwan11 pada 19 Jan 2012

    potplayer dengan splash pro ex

  8. EiNS pada 19 Jan 2012

    Aku test VLC 2.0 dekat Windows…still same old interface :/

    ntuk Mac je ke yang lain? UI yang buruk punca utama aku stop guna VLC

    • din je pada 19 Jan 2012

      stuju…hahahaha

    • Syafiq Zainal pada 22 Jan 2012

      Betul. sama la kita. :) UI penting untuk kesedapan. wakaka

  9. Anarm pada 23 Jan 2012

    dulu aku guna vlc gambar tak cun langsung.. potplayer still the best!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader