05Jan

VoucHEREs Menjuarai Make The Pitch – RM700,000 Untuk Memperluaskannya

Web 2.0

Ingat tak lagi berkenaan dengan aplikasi VoucHEREs yang pernah kami tulis akan sebelum ini? Ianya masih lagi belum dilancarkan buat masa ini, tetapi pembangunnya baru-baru ini telah menyertai acara Make The Pitch yang diadakan oleh pihak MyEG dengan kerjasama pihak MDEC, sekaligus kini menjadi juara pertandingan tersebut, membolehkan mereka memperluaskannya melalui dana yang diberikan.

Buat masa ini, ia masih lagi belum dilancarkan secara rasminya, dan mungkin ia akan dilancarkan dalam bentuk beta tidak lama lagi. Selain daripada dalam bentuk aplikasi, VoucHEREs juga dibangunkan dengan konsep mesra peranti mudah-alih, membolehkan anda mengakses ia menggunakan sebarang peranti mudah-alih dengan keupayaan internet, dan menggunakan Facebook untuk mendaftar masuk.

Bagi yang tertanya-tanya akan kelainan yang dibawakan oleh VoucHEREs, ia menggunakan konsep geolokasi dalam memaparkan kupon-kupon dan baucer yang berhampiran dengan anda. Selain daripada itu, ia juga dijangka akan bekerjasama dengan beberapa nama besar ketika pelancarannya, menjadikannya lebih menarik berbanding beberapa aplikasi sedia ada. Salah satu jenama yang disebut-sebut adalah Bonuslink sebagai rakan mereka. Namun begitu, ia masih lagi pada peringkat awal, dan masih tiada pengesahan buat masa ini.

Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak berita daripada mereka dalam masa terdekat ini. Sementara itu, mungkin anda boleh menjenguk laman VoucHEREs hari ini. Dan sebagai info tambahan, salah seorang pembangunnya merupakan pembangun asal disebalik laman Nuffnang, Advertlets dan juga Kawanster yang popular sebelum ini.


Blog Peribadi Ahmad Shabery
Kenali Facebook Messages Baru Dengan Lebih Dekat
Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Menyaksikan Lebih 15 Syarikat Tempatan Bersaing
WordPress 3.2 Akan Lebih Ringan Dan Pantas
Sokongan Cover Photo Pada Facebook Groups Diperkenalkan Kepada Lebih Ramai

14 Komen

  1. Omar pada 05 Jan 2012

    RM 700K. Satu modal yang banyak.

    Tahniah! Harap apps tu dikeluarkan dalam banyak versi terutama WP7 dan iOS

  2. Amirul pada 05 Jan 2012

    Tahniah!

  3. azam pada 05 Jan 2012

    Congratulations

  4. Farid pada 05 Jan 2012

    Good kick start

  5. Farid pada 05 Jan 2012

    ini next komen, myeg? aku bukan nak jadi orang yang tidak optimis tapi in real life myeg banyak meneluarkan dana untuk pembangunan system diorang tapi hasil web berkenaan aku tak pasti ianya berfungsi untuk aku, wang keluar banyak hasil macam itu sahaja & ini kan pula menjadi mantor atau penaja untuk start up? dan kenapa kupon discount konsep? sudah beribu kawan.

    bagi aku bilplz.com lagi layak dapat even ia bukanya untuk iPhone app

    • shifa pada 05 Jan 2012

      konsep kupon discount memang dah banyak, tapi ape salahnya. Yang penting kesungguhan yang diorang tunjukkan untuk berjaya. =)

    • Amirul pada 05 Jan 2012

      Pendapat aku Vouchere memang layak untuk menang, sebab:

      Kalau di US konsep macam ni banyak bergantung pada NFC (near field communications) yang mana merchant atau company yang sediakan servis ni perlu keluarkan belanja untuk device NFC. Sedangkan team Vouchere dah jimat dekat situ dengan guna teknologi sedia ada dalam smartphone, iaitu GPS.

      Jadi bila merchant tak perlu keluarkan belanja tambahan dan pada masa yang sama diberikan peluang untuk tingkatkan revenue mereka, mereka tak ada sebab untuk tolak teknologi tu.

    • mrkay pada 07 Jan 2012

      mmg dah banyak bisnes konsep kupon diskaun ni. tapi mereka ni ada keunikkan tersendiri. pada aku, boleh pergi jauh. Tak mustahil boleh berjaya macam groupon.

      Dan aku rasa tak perlu persoalkan kenapa dia orang ni menang dan bukan orang lain. Persoalannya, bilplz.com join tak make the pitch ni? voucHEREs ni dapat dana atas usaha dia orang sendiri. Ko dah tengok episod semi final dia orang ni? kalau belum, tengok dulu. Pada aku, kehebatan dia orang terletak pada idea, confident dan keberanian. Berani tarik 4 orang ikon silicon valley utk mintak pendapat pasal produk dia orang.

  6. Teratoman pada 05 Jan 2012

    Apapun tahniah untuk pemenang.

    Tapi saya tak tengok pun rancangan ni. Iklannya pun dah agak boring. Maybe perlu sediikit animation mcm Budak Besi.

  7. Nisa pada 05 Jan 2012

    Tahniah!

  8. rusman pada 05 Jan 2012

    mantap gak english fadzli shah ni.

  9. najwa pada 05 Jan 2012

    tahniah!

  10. Jejai pada 06 Jan 2012

    Cayala! Sukses Melayu! hidup Voucheres. tapi kenapa nak nama mat salleh cam tu? Baucheres tak leh ke? lagi feel ma?

    Lagi BI mamat ni mmg terrar beb!

    Farid, kalau lu nak bilplz menang kenapa tak masuk peraduan ni sendiri? masuklah season 2.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader