Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
WikiMedia merupakan salah satu organisasi yang tidak berasaskan keuntungan disebalik WikiPedia dan beberapa projek lain. Sebelum ini, pada penghujung tahun lepas, mereka telah pun memulakan aktiviti tahunan mereka, dimana mengumpulkan derma daripada para pengunjung dan pengguna laman tersebut, dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkan laporan berkaitan dengannya.
Menurut WikiMedia Foundation, melalui kutipan derma dan sumbangan yang diadakan baru-baru ini, mereka telah mengumpulkan lebih daripada $20 juta daripada hampir lebih sejuta penyumbang seluruh dunia. Perkara ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sumbangan dari tahun ke tahun.
WikiMedia membangunkan laman yang bebas daripada iklan, seperti WikiPedia, dan beroperasi sepenuhnya atas sumbangan pengguna, dan juga beberapa alternatif lain, seperti geran dari institusi dan sebagainya. Mereka kini mempunyai lebih 80 orang pekerja sepenuh masa, selain lebih ratusan ribu penyumbang bebas untuk perkhidmatan mereka.
Selain daripada pengumuman ini, pihak WikiMedia juga turut sama telah mengeluarkan laporan mengenai pelan dan perancangan tahunan mereka sepanjang tahun ini, yang mana boleh dibaca pada halaman rasmi mereka.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
terbaik! ar… WikiPedia selalu menjadi rujukan pertama aku
Kalau diorang letak iklan…huhu..mesti duitt sanggggggggggggat banyak tahap pokemon…rugilah visitors berbilion2 tapi xda satu iklan pun kat sana..knp hati mereka sungguh kudus ibarat pasir di pantai! Kenapa!???
iklan – unprofessional. why?
Wikipedia bukan benda yang kecik2 mcm Oh! Media Network. Wikipedia ni, lebih dari itu ( bukan dari segi konteks ) . Bayangkan,
Wiki > Google Ads > Money .
nampak kelemahan disitu.
Wiki > Standalone > Donation as in term of “thanking to Wiki” > Respect and Honor > This Is Wiki on the Professional Side.
Wiki jadi sebagai pusat pengiklanan sendiri, seperti Nuff, Google Ads? NO WAY. Wiki is the encyclopedia, not encyADSapadia? .
Wiki bukan blog, sesuka hati menempel iklan.
harap faham.
i like > encyADSapadia
critical.
+1
comment win!
Wiki memang terbaik dan baik hati….
serve site dia pun lagu jew…..
kalo xdew wiki kompom ramai student yang x dapat siapkan tugasan diorang hahaa….
tugasan yang mereka buat 70% bergantung pada wiki….
wiki is the best Teacher
Lecturer aku pernah citer time dia belajar dulu, member aku dia copy paste jer isi dari wikipedia, sekali dapat detect sebab lecturer tu dah edit isi dalam wikipedia tu awal-awal..
Aku ada buat sedikit sumbangan untuk kutipan kali ini, kau patut bangga jika kau menumbang pada foundation yang macam mana bro