19Jan

Aplikasi Wikipedia Untuk Android Yang Rasmi Kini Boleh Didapati Daripada Market

Perisian, Web 2.0

Topik hangat sejak tengah hari semalam adalah berkenaan dengan WikiPedia yang menutup halaman berbahasa Inggeris mereka atas sebab protes terhadap SOPA. Dan pada masa yang sama, selain daripada itu, ia juga kelihatan kini pihak Wikipedia telah pun mengeluarkan aplikasi rasmi mereka untuk platform Android, dan boleh dimuat-turun terus daripada Android Market hari ini.

Melalui aplikasi Wikipedia untuk Android, selain daripada hanya memudahkan para pengguna untuk mendapatkan pelbagai rujukan terus melalui peranti mudah-alih mereka, ia juga pada masa yang sama disertakan dengan sokongan untuk membacanya secara luar-talian. Namun untuk menggunakannya, para pengguna kena menyimpan artikel pilihan anda.

Sama seperti versi web, ia juga membawakan pelbagai pilihan bahasa, serta bagi mereka yang gemar mengembara, dan ingin menemui pelbagai lokasi menarik, anda boleh mengaktifkan fungsi geolokasi, dan melihat artikel-artikel berdekatan anda, yang biasanya berkaitan dengan lokasi bersejarah dan sebagainya. Fungsi cadangan carian turut disertakan padanya.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Wikipedia untuk Android ini secara percuma daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini, selain menjadi teman ensiklopedia rapat anda kemana jua anda pergi.


Kini, Twitter Berkembang Dengan Pesat
Hotpot Di Integrasikan Pada Carian Google
Google Bakal Memperkenalkan Fungsi Panggilan Video Untuk Telefon Android?
Facebook Mempunyai Buku Telefon Anda?
Twitter Menguji Tweet Iklan Pada Timeline Dengan Lebih Meluas

10 Komen

  1. zerous pada 19 Jan 2012

    menarik ni, boleh terjah market sekarang…

  2. Lia Nadia Qistina pada 19 Jan 2012

    wow! tak perlu buka web browser untuk cari maklumat di Wikipedia.

  3. Juan pada 19 Jan 2012

    best ni

  4. beliamuda pada 19 Jan 2012

    Dalam situasi hangat Wikipedia memboikot SOPA, nampaknya mereka melepaskan sesuatu yang baru.

  5. Easter pada 19 Jan 2012

    Bagus…. like it

  6. sejati pada 19 Jan 2012

    like..!

  7. hanafi bhari pada 19 Jan 2012

    nice ! gilaa !

  8. Rabiatul Adawiyah pada 19 Jan 2012

    bagusnya!

  9. nazmi pada 19 Jan 2012

    tnx for info

  10. amer pada 19 Jan 2012

    ohsem!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader