12Jan

Windows 8 Akan Dilancarkan Kepada Umum Pada Oktober 2012?

Microsoft

Pada awal minggu ini, Acer telah pun mengesahkan yang mana Microsoft akan melancarkan Windows 8 kepada umum pada pertengahan tahun kedua tahun ini. Dan kini, beberapa laporan awal mula mengatakan yang mana Microsoft akan melancarakan Windows 8 secara rasminya pada bulan Oktober 2012 kelak.

Microsoft sendiri pernah mengatakan yang mana mereka menyokong versi Windows itu selama 3 tahun sebelum mengeluarkan versi baru. Dan pada Oktober 2012, ia akan menjadi lebih tiga tahun sejak Windows 7 dilancarkan.

Pada masa yang sama, beberapa peranti baru seperti komputer riba, ultrabook dan tablet dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun kedau tahun ini, dan salah satunya dalah daripada pihak Acer sendiri.

Dalam masa terdekat ini, Microsoft dijangka akan mengeluarkan Windows 8 Beta kepada umum pada penghujung Februari kelak, dimana mungkin kita akan dapat melihat kebanyakkan fungsi-fungsi yang akan didatangkan bersama-sama dengan Windows 8 padanya.


Google Bakal Memperlihatkan Chrome OS Esok
Hotmail Di Beri Nafas Baru Melalui Wave 4
Microsoft Menamatkan Projek Kin
Windows 7 SP1 Pada Suku Tahun Pertama 2011
Skype Untuk iPad Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Semua

5 Komen

  1. Amy Nazmi pada 12 Jan 2012

    perrgh x sabor siot nak tunggu….

  2. syahrilhafiz pada 12 Jan 2012

    fuyoo, tak sabar nantikan windows 8 ni

  3. azwan11 pada 12 Jan 2012

    Window 8 boleh potong window 7 ke tak?


Trackbacks/Pingbacks

  1. Windows 8 Bakal Dilancarkan pada Oktober 2012 | AkuFakhrul.Com
  2. [Infografik] 8 Fungsi Baru Bakal Ada Pada Windows 8 | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader