13Jan

Windows 8 Beta Diperlihatkan Melalui Video Di CES 2012

Microsoft

Dengan pengumuman Microsoft untuk melancarkan Windows 8 Beta, semestinya ramai yang menantikan apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh Microsoft serta pelbagai fungsi menarik yang akan disertakan pada versi Beta. Dan untuk memberi idea awal, Microsoft sendiri telah memperlihatkannya pada acara CES 2012 yang berlangsung sepanjang minggu ini.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang senarai penuh perubahan. Namun, melalui laman Neowin, video demonstrasi yang dilakukan oleh Microsoft memperlihatkan beberapa perkara, termasuk sokongan warna latar belakang yang tidak terdapat pada Windows 8 Dev-Preview, sokongan kawalan tetikus mengikut gestures, dan termasuk salah satunya, Microsoft Music.

Microsoft sendiri dijangka akan melepaskan versi beta untuk Windows 8 ini untuk diuji oleh semua pada bulan Februari ini, selain turut disasarkan untuk dilepaskan kepada umum secara rasminya sekitar bulan Oktober kelak.


Internet Explorer 8 RC1 Menemui Pengguna
Versi Pembangunan Office 2010 Kini Tersebar
Twitter Menolak Tawaran $4 Billion
IE9 RC Telah Dimuat-Turun Lebih 36 Juta Kali
Kinect Menghampiri Ulang-Tahun Pelancaran Pertama - Lebih Banyak Perkara Menarik Bakal Dibawakan

5 Komen

  1. Harsh pada 13 Jan 2012

    mcm2 stail unlock diorg nak kluarkan

  2. zerous pada 13 Jan 2012

    wah wah wah….

  3. ali mamak pada 13 Jan 2012

    macam best je window 8 ni

  4. Nazmi pada 14 Jan 2012

    nak try la nnti version beta klau dh release….

  5. hadi pada 14 Jan 2012

    Windows 8 cuma tukar UI environment, kernel masih sama, jadi takde bnyak yg nk dibanggakan.. metro UI dengan tilesnya lama2 akan membosankan pengguna PC… bayangkan skrin LCD korang dengan tiles yang besar2?? reminds me of my bathroom tiles eh… ahhaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader