25Jan

Windows Phone 8 Bakal Diperlihatkan Pada MWC 2012 Kelak?

Microsoft

Dengan Mobile World Congress yang disasarkan pada penghujung Februari kelak, selain daripada ura-ura berkaitan dengan Samsung Galaxy S3 yang hangat diperkatakan, kini ura-ura berkaitan dengan Windows Phone 8 turut kedengaran, dimana ia dilaporkan, Microsoft mungkin akan memperkenalkan ataupun bercakap mengenainya pada acara tersebut.

Windows Phone 8 ataupun yang mana menggunakan nama kod Apollo disasarkan untuk pelancaran pada penghujung tahun ini. Salah satu perkara yang diperkatakan mengenainya adalah dimana ia akan menggunakan beberapa perkara daripada sistem operasi Windows 8 kelak.

Berkemungkinan kita akan dapat melihat Windows Phone 8 diintegrasikan bersama-sama dengan sistem operasi Windows yang kini dalam pembangunan. Walaupun perkara berkaitan ini pernah diperlihakan oleh Microsoft melalui beberapa video promosi, ianya tidak diumumkan dan dibincangkan secara terbuka sehingga ke hari ini.

Buat masa ini, sebarang perkara pasti masih tidak diketahui, dan semuanya masih di peringkat ura-ura lagi.


Panggilan Video Berkualiti Tinggi Melalui Messenger 9.0
Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali
Bing Kini Berumur Setahun
Skrin Paparan Pemasangan Windows 8 Kelihatan
Microsoft Memperkenalkan Windows 8 Consumer Preview

5 Komen

  1. pangolin pada 26 Jan 2012

    nak galaxy s2 tapi screen kecik mcm iphone pleaseeee

  2. Meleis pada 26 Jan 2012

    Tidak mustahil, sebab Windows 8 pun boleh dijalankan atas platform ARM.

    • alifamzari pada 26 Jan 2012

      Amat sedikit maklumat mengenai Windows on Arm (WoA). Microsoft masih lagi tidak menunjukkan sepenuhnya windows 8 atas ARM SoC. Mungkin banyak masalah yang sedang mereka atasi seperti aplikasi legacy x86 yang sudah pasti tidak dapat dijalankan pada WoA.

      • Meleis pada 26 Jan 2012

        Actually MS dah lebih awal partner dengan syarikat2 SoC seperti Nvidia, TI, Qualcomm untuk inisiatif WoA.

        Dan pada CES 2012, dah ada tablet ARM dengan Windows 8 ditempatkan untuk dipandu-uji. Kalau tak tau tu mungkin anda agak ketinggalan.

        Tentang legacy apps, ingat tak tentang Rosetta pada Mac OS? Kaedah yang sama juga sangat tak mustahil diimplementasikan pada Windows 8. Lagipun, dari segi praktikalitinya sekarang ni dah elok untuk mula ditch legacy apps in favour kepada cross-platform app.

        .
        .

        Apa2 pun, ni dah jauh lari tajuk ni. Apa yang aku terangkan mula2 tadi adalah tak mustahil WP8 berkongsi codebase dengan Windows 8, memandangkan Windows 8 juga dibangunkan untuk platform ARM.

        • alallsadalifamzari pada 26 Jan 2012

          memang agak lari sedikit.

          Memang ada tablet WoA pada CES2012, tapi ianya dikawal oleh microsoft. Khabar angin mengatakan tiada desktop mode kecuali metro ui. Dan aplikasi x86 sedia ada tidak boleh dijalankan pada WoA ini.

          Emulasi seperti Rosetta mungkin boleh dilaksana, dan mungkin juga ini yang sedang mereka perkemaskan.

          Kebarangkalian windows phone 8 menggunakan windows 8 adalah amat tinggi jika mereka mebangunkan windows 8 bagi bertujuan menseragamkan sistem operasi desktop dan mobile.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader