28Jan

Yahoo! Mematikan Sokongan Untuk 10 Aplikasi Mudah-Alih Keluaran Mereka

Yahoo!

Di bawah CEO baru, ia kelihatan beberapa perubahan drastik, dan penjimatan kos dilakukan. Selepas mengumumkan beberapa perubahan pada produk popular, Flickr mereka, Yahoo! kini mengumumkan yang mana mereka akan mematikan sokongan untuk beberapa aplikasi mudah-alih keluaran mereka, yang mana mungkin kurang mendapat sokongan berbanding aplikasi Yahoo! yang lain.

Menurut Yahoo! aplikasi ini dimatikan, supaya mereka boleh memfokuskan kepada produk baru yang lain, selain terus menginovasikan produk sedia ada seperti Yahoo! Messenger, LiveStand, IntoNow dan sebagainya.

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Yahoo!, mereka akan mematikan sokongan untuk Yahoo! Meme (iPad dan iPhone), Yahoo! Mim (iPad), Yahoo! Answers (Android), Yahoo! AppSpot (Android dan iPhone), Yahoo! Deals (iPhone), Yahoo! Finance (BlackBerry), Yahoo! Movies (Android), Yahoo! News (Android), Yahoo! Shopping (iPhone), Yahoo! Sketch-a-Search (iPad dan iPhone).

Walaupun mengumumkan ianya akan dimatikan, namun Yahoo! mengatakan mereka akan terus memfokuskan kepada platform mudah-alih sepanjang tahun 2012, dan beberapa produk baru akan diperkenalkan oleh mereka. Beberapa apikasi juga akan dintegrasikan bersama yang lain, membuatkannya ianya dimatikan dan pada masa yang sama, menjimatkan kos pentadbiran mereka.

Terima kasih Farid.


API Untuk Yahoo! Messenger Akan Di Perkenalkan
Yahoo! Video Menutup Fungsi Muat-Naik Video
Delicious dan MyBlogLog Akan Di Tutup Oleh Yahoo!?
Yahoo! Messenger 11 Sedia Dimuat-Turun
Nafas Baru Bakal Diberikan Pada Flickr - Antaramuka Baru Akan Diperkenalkan

6 Komen

  1. Lia Nadia Qistina pada 28 Jan 2012

    saya amat berharap kesemua apps tu akan kembali lagi satu ketika nanti di masa akan datang. Hopelfully it will be free apps..

  2. RIS-FAMILI pada 28 Jan 2012

    Kesemuanya aku tak guna sbb jenis telefon tu aku tak pakai.

  3. Masri Amin pada 29 Jan 2012

    CEO baru confirm la ada perubahan baru… selepas ni diharapkan pelbagai inovasi baru dan gempak akan dikeluarkan oleh yahoo…

  4. Maxloon120 pada 29 Jan 2012

    Mari kita nantikan perubahan yang akan dibawa oleh Scott Thompson, bekas President PayPal ini, secara jujur..i jarang pakai benda berkaitan Yahoo! kecuali service rocketmail, so i don’t think there will much affect on me C:

  5. hezzi pada 29 Jan 2012

    xterasa sngt la..gn yahoo ntuk emel je..

  6. Najib pada 31 Jan 2012

    ym kat bb jadi problem.. takleh login dah~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader