13Jan

YouTube Menguji Pemain Video Dengan Sokongan Thumbnail Untuk Video Penuh

Google

Laman video popular milik Google boleh dikatakan, sama seperti produk Google yang lain, melalui pelbagai fasa ujian dalam membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna mereka. Terkini, ia dilihat YouTube menawarkan sokongan imej kecil (thumbnail) untuk sepanjang video, membolehkan seseorang pengguna melihat video tersebut secara kasar dengan mengawal tombol gerakan masa pada pemain videonya.

Namun begitu, seperti biasa, ia hanya sekadar ujian buat masa ini, dan belum semua dapat melihatnya, dan Google juga dilaporkan hanya mengujinya pada segelintir video sahaja buat masa ini.

Menariknya adalah salah satu fungsi padanya, membolehkan anda melihat paparan imej sepanjang video tersebut, walaupun video tersebut masih sedang dalam proses penimbalan (buffering), sekaligus membolehkan anda terus ke adegan atau bahagian yang dinantikan dengan mudah, tanpa perlu melalui atau menonton video tersebut secara penuh.

Memandangkan fungsi ini masih pada peringkat ujian, ia masih lagi tidak dapat disahkan samada fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua ataupun tidak oleh Google.


Chrome 2.0.172.2 Menyelesaikan Masalah Klik-Kanan
Ikuti Pengumuman Chrome OS Melalui Webcast
Google SketchUp 8.0 Sedia Di Uji
Akaun YouTube Milik Microsoft Digodam - Semua Video Microsoft Dipadam
Android Akan Kekal Sebagai Sumber Terbuka Sekurang-Kurangnya Untuk Lima Tahun

6 Komen

  1. azwan11 pada 13 Jan 2012

    Wahhh best ni. :D

  2. mdfaizal pada 14 Jan 2012

    ooo mcm Dailymotion lah ni. cun gk..

  3. Jyundoo pada 14 Jan 2012

    aku pernah merasainya tadi

  4. beliamuda pada 14 Jan 2012

    Kira macam pra-tonton kat thumbnail la ni eh?

  5. Nazmi pada 14 Jan 2012

    mcam best je….

  6. paeh pada 14 Jan 2012

    aku dah pernah dapat. lepas tu hilang… =.=”


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader