01Feb

Adakah Facebook Bakal Memperbanyakkan Iklan Pada Halaman Timeline?

Web 2.0

Dalam filem The Social Network, salah satu faktor yang dikatakan oleh watak Zuckerberg sebagai faktor kelebihan Facebook adalah iklan padanya. Namun kini, dengan IPO yang semakin hampir, Facebook mula memfokuskan kepada Timeline, dimana iklan padanya kelihatan semakin bertambah dari hari ke hari, dan mengambil beberapa lokasi utama pada laman tersebut.

Sebelum ini sendiri, Facebook telah mengumumkan akan membawakan sokongan kemaskini status berbayar, dimana iklan tersebut akan diperlihatkan pada halaman News Feed utama, semaksima sekali sehari, bergantung kepada pengiklan dan faktor geolokasi.

Dengan pengenalan iklan sedemikian, ia boleh diperkatakan mungkin Facebook akan menguji iklan pada bahagian Timeline tidak lama lagi dengan lebih drastik. Buat masa ini, kebanyakkan iklan masih lagi memfokuskan kepada bahagian tepi laman.

Berbeza dengan Twitter, walaupun mereka menguji iklan dibahagian Timeline mereka, ia tidak menganggu para pengguna, memandangkan kemaskini pada garis masa di Twitter bergerak pantas, berbeza dengan pada Facebook. Dan pada laman sosial milik Google, iaitu Google+, iklan masih belum kelihatan. Namun, memandangkan Google adalah syarikat pengiklan terbesar di arena internet, mungkin ia tidak mengambil masa yang lama untuk ianya tiba di laman sosial tersebut, tetapi bagaimana ia akan dioptimasikan adalah salah satu jawapan yang dinantikan ramai.

Gambar daripada RotiKaya.


GrabMyAds Mengikut Jejak Langkah GoKita
Uruskan Rakan Twitter Melalui Fungsi List
Halaman Facebook HotFM Hilang? Adakah Ianya Dipadam?
FourSquare Melangkaui Angka 1 Billion Daftar Masuk Lokasi
Google Flights Memperluaskan Sokongan Ke Destinasi Seluruh Dunia

11 Komen

  1. RIS-FAMILI pada 01 Feb 2012

    Iklan??? Tidakkkkk!!!
    Kena pasang iklan blocker.

  2. EddyGeek pada 01 Feb 2012

    lol, seriously, iklan letak kat situ.. tak elok langsung.

  3. Omar pada 01 Feb 2012

    Burok nye letak iklan kat situ..

  4. mdfaizal pada 01 Feb 2012

    harap2 adblock plus boleh block. hehe

    • snazzybizarre pada 01 Feb 2012

      using it right now .. effective !

    • Fikri Adhiey pada 02 Feb 2012

      btol.. sgt berkesan. haha

  5. DKMY pada 01 Feb 2012

    kalu letak iklan kasi duit kat aku no problem je.. atleast token untuk beli kat game dia…

    • Buzz! pada 01 Feb 2012

      emm tak da sebab diorang nak kasi duit/token kat kita. guna pun free.

      • amir pada 02 Feb 2012

        dan kos utk running facebook bleh cecah billion ringgit

  6. Masri Amin pada 02 Feb 2012

    menyesakkan mata memandang je nanti iklan terlalu banyak

  7. Ikhwan pada 05 Feb 2012

    Kalau letak iklan macam gambar dekat bawah sekali memang tak elok la..
    Tak kemas, un-professional..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader