14Feb

Adakah Google Docs Bakal Dijenamakan Semula Menjadi Google Drive?

Google

Google Drive semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, dan kini, melalui pautan Google Cache, halaman utama Google Drive mula kelihatan, dimana menggunakan rekabentuk halaman log masuk Google Docs padanya, dengan menyertakan info berkaitan dengan storan dokumen-dokumen padanya.

Sehingga kini, informasi berkaitan dengan Google Drive masih lagi samar-samar dengan Google masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Ia diperkatakan, Google Drive bakal memberikan saingan kepada Dropbox, Box.net dan perkhidmatan seumpama dengannya, dimana akan didatangkan bersama-sama dengan sokongan sync padanya.

Sebelum ini, ia telah pun diperkatakan yang mana Google Drive bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi. Jadi, persoalannya sekarang, adakah Google Drive merupakan penjenamaan semula untuk Google Docs, ataupun sebuah perkhidmatan baru sepenuhnya?


Hello world!
Windows Live Sync Gantikan FolderShare
Google Ingin Menghilangkan Bar Alamat Pada Chrome?
Google Voice Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia
Google+ Dibuka Kepada Semua - Hangout Kini Disokong Di Peranti Mudah-Alih

7 Komen

  1. Mr. Osem pada 14 Feb 2012

    aku lebih suka Box.com sebab aku dapat storan 50GB :)

  2. Dadan pada 14 Feb 2012

    mungkin hanya sebuah penjenamaan semula Google Docs…

  3. Adam pada 14 Feb 2012

    Google Docs + Google Drive memang terbaik. Boleh host file untuk sharing ka?

  4. Omar pada 15 Feb 2012

    Skydrive… :P

  5. Lia Nadia Qistina pada 15 Feb 2012

    saya setuju dengan berita ni, Docs akan dijenamakan semula sebagai Google Drive, sesetengah peminat Google panggil sebagai Google Cloud Drive. Mungkin kita akan nampak perubahan sebenar pada Mei 2012 nanti.

  6. nudin pada 15 Feb 2012

    lama dah dok tunggu… tak keluar2 jugak lagi ni…

  7. van der Rui pada 15 Feb 2012

    Harap Google Drive boleh sync file di desktop macam Dropbox.. ;-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader