Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Beberapa hari sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana Apple bakal menawarkan Adobe Photoshop Touch bermula daripada hari Isnin kelak kepada para pengguna Android, dan akhirnya, kini ia telah pun boleh didapati daripada AppStore Malaysia pada harga $9.99. Namun, seperti diperkatakan sebelum ini, ia hanya dikhaskan kepada para pengguna iPad 2 bersama iOS 5 sahaja.


Bersama-sama dengan Adobe Photoshop Touch untuk iPad 2, ia membolehkan para pengguna menggunakan beberapa fungsi asas Photoshop terus pada iPad 2 mereka, selain merakamkan gambar dan menggunakannya di Photoshop serta merta. Selain daripada itu, para pengguna boleh turut sama memuat-naik projek mereka pada Adobe Creative Cloud dan membuka fail melalui Photoshop CS5. Namun seperti pada Android, saiz maksimum yang dibenarkan hanyalah sekitar 1600×1600 pixel sahaja.
Jadi, bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Adobe Photoshop Touch untuk iPad 2 anda daripada AppStore hari ini pada harga $9.99.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
pengguna iPad 2 bersama iOS 5, bersenanglah…
chrome tetap di hati…
Chrome tetap di Jantung
apa tiba tiba chrome ni
Apetah masalah, tiba2 Chrome plak. nampak sangat BM fail.
Chrome tetap di korom