03Feb

AMD Memperlihatkan Perancangan Cip Pemprosesan Sepanjang 2012/13

Gajet

Selain daripada Intel, syarikat pembangun cip pemprosesan terkemuka dunia adalah AMD yang banyak dioptimasikan kuasa pemprosesan kedua-dua CPU dan juga GPU padanya. Dan kini, perancangan AMD untuk tahun 2012 sehingga awal 2013 mula diperlihatkan, menunjukkan apakah yang bakal mereka bawakan dalam industri perkomputeran dunia.

Daripada keluarga yang diperlihatkan, Brazos 2.0 akan menjadi terawal yang dilancarkan, membawakan APU dengan sasaran pengguna desktop dan notebook biasa. Brazos 2.0 juga turut diperkatakan akan membawakan prestasi pemprosesan dan grafik yang tinggi, disamping menggunakan tenaga yang rendah, memberikan masa beroperasi menggunakan bateri yang lebih lama.

Trinity pula akan menyusul selepas itu, memfokuskan kepada keluarga notebook dengan kuasa rendah (ultra-low power), dan mensasarkan komputer riba bersaiz nipis (ultrabook). Mungkin juga kita akan dapat melihat pelbagai komputer riba bersaiz nipis dengan menggunakan cip pemprosesan AMD berada di pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.

Selepas Brazos 2.0 dan juga Trinity, Hondo bakal muncul, dengan pada masa yang sama turut bakal memasuki pasaran, dan diikuti beberapa kemaskini keluarga lain sepanjang 2013. Pada masa yang sama, ianya sesuatu yang menarik melihat AMD memberikan perhatian kepada perkomputeran mudah-alih, terutamanya tablet.

Daripadanya, dapat dilihat yang mana AMD turut sama memfokuskan kepada perkomputeran dengan penggunaan tenaga rendah, yang mana mula mendapat perhatian akhir-akhir ini. Sepanjang tahun juga, mereka turut sama akan bergerak membangunkan secara berperingkat untuk menggunakan pemprosesan 28nm pada APU dan GPU mereka.


Pelan Dan Pakej iPhone DiGi Tersebar Di Internet
Apple iPad Bakal Di Lancarkan di Malaysia
Samsung Bakal Melancarkan Peranti Baru Pada 11 Oktober
Spesifikasi Motorola Droid HD Kelihatan - Lebih Pantas Daripada iPhone 4S
Samsung Teruskan Iklan Galaxy S2 Mensasarkan Pengguna iPhone

5 Komen

  1. lexa pada 04 Feb 2012

    Amanz, adakah isu ‘cepat panas’ masih wujud untuk AMD?

    • Janjang pada 04 Feb 2012

      la hai.. dah bertahun isu ni selesai masih ade lagi orang yg berfikiran ‘AMD ni cepat panas’. mana2 processor pon akan panas.

      • Faizal Bahruddin pada 05 Feb 2012

        +99999999999999.

  2. hakemz pada 06 Feb 2012

    AMD sacks..aku harap-harapla pemprosesan AMD yang baru nie tak panas macam radiator kete lagi..

    • dageek pada 17 Feb 2012

      kesian.. tak penah amik tau pasal AMD, tau2 nak komen pasal panas.. noob


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader