01Feb

AMD Mengemaskini Keluarga Kad Grafik – Melancarkan Radeon HD 7950

Gajet

Dengan dunia yang menggunakan spesifikasi grafik semakin meningkat dari hari ke hari, syarikat-syarikat pengeluar kad grafik terus memperkenalkan pelbagai perkara baru, dan terkini, AMD (Advanced Micro Devices) telah pun mengemaskini keluarga kad grafik siri 7000 mereka, dengan memperkenalkan Radeon HD 7950.

Melalui Radeon HD 7950, ia didatangkan bersama-sama dengan GPU yang menggunakan nama kod Tahiti (sama seperti pada Radeon HD 7970) beroperasi pada 800MHz, 3GB GDDR5 VRAM memori, dan mempunyai kelajuan sehingga 5GHz. Kad grafik tersebut turut didatangkan dengan dua output untuk paparan, iaitu sambungan DVI dan juga HDMI seperti biasa. AMD Radeon 7950 turut dibangunkan berdasarkan teknologi pemprosesan 28nm.

Harga jualan tempatan untuk kad grafik ini masih tidak diketahui, dan mungkin kita akan dapat melihatnya di pasaran tidak lama lagi, sekaligus terus menginovasikan dan membawakan paparan grafik tinggi untuk permainan, pengendalian grafik dan penggunaan komputer harian anda.


Xperia Arc Mula Dijual Pada Harga RM1499 Melalui Maxis
BlackBerry PlayBook Diperlihatkan Di Malaysia
HTC Sensation Di Malaysia Bulan Hadapan?
Samsung Memperkenalkan Galaxy Tab 7.0 Plus Dengan Sokongan Panggilan Suara Dan Video
BlackBerry 10 Bakal Menyertakan Sokongan Perkongsian Skrin Dan Editor Video

16 Komen

  1. blowie pada 01 Feb 2012

    ganas gilaaaa, kompem atas 3 ratus!

    • ijat pada 01 Feb 2012

      kalau dah 3gb ddr5 bkn atas 3 ratus dah. atas 2000 wo!

      • z pada 01 Feb 2012

        ats 2000 jgk bermaksud ats 300..haha

  2. zerous pada 01 Feb 2012

    konfem mahal giler…

  3. Masri Amin pada 01 Feb 2012

    xpenah pakai radeon….xsuka Amd

    • Namawi pada 01 Feb 2012

      Tak pernah tahu ape2 pasal graphic card.

      • my name is rain... pada 02 Feb 2012

        ak x atu pown pc 2 ape…..

  4. Ali ridha pada 01 Feb 2012

    mesti mahal punya…..nampak
    pun dah tahu.

  5. Haziq pada 01 Feb 2012

    harga confirm 1 ribu lebih..

  6. muhian pada 01 Feb 2012

    amanz mana harganya??……harga gc nih rm1599…>http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=2167322&hl=7950

  7. Sid pada 01 Feb 2012

    Waiting for HD 7850…

  8. Juan pada 01 Feb 2012

    dah lama aku tinggalkan PC nih, hehee

  9. Janjang pada 01 Feb 2012

    bes.. tp tunggu kn rege ok baru angkat :)

  10. Aneh&Gorila pada 03 Feb 2012

    Good.

    teruskan post entri mcm ni, bykkan computer or hardware lain, kurangkan mobile news, nyampah aku baca tiap2 hari. :)

  11. Abszeen Picco pada 05 Feb 2012

    niceee

  12. izw06 pada 05 Mar 2012

    price range :- estimated from rm2500 -3500
    ETA :- around march or may


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader