16Feb

Android 5.0 “Jelly Bean” Bakal Dilancarkan Pada Bulan Jun 2012?

Google

Tidak lama sebelum ini, kita terdengar akan yang mana Android versi akan datang bakal dikenali dengan nama “Jelly Bean”. Kini perkara sama kedengaran kembali, dimana diperkatakan Android 5.0 “Jelly Bean” bakal dilancarkan pada bulan Jun 2012 ini.

Perkara berkaitan dengan fungsi-fungsi baru yang akan didatangkan bersamanya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, apa yang dilaporkan oleh DigiTimes adalah dimana Android 5.0 kelak akan membawakan lebih banyak kemaskini kepada tablet. Mungkin kita juga akan melihat fungsi baru turut hadir pada telefon pintar. Google juga masih belum mengumumkan nama akhir bagi Android versi akan datang mereka, walaupun ramai yang membuat spekulasi “Jelly Bean” akan menjadi pilihan mereka.

Dalam bulan-bulan akan datang, beberapa pengeluar peranti telah pun merancang untuk memperkenalkan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich kepada peranti-peranti mereka. Pada masa sekarang ini, Ice Cream Sandwich hanya meliputi 1% daripada peranti Android seluruh dunia.


April Fool : Google Chrome Dengan 3D
YouTube Mula Menyokong Video HTML5
Google Me Akan Ikut Konsep Facebook?
Infografik : Perbandingan Pengguna iOS Dan Android
Bina Widget Google+ Pages Anda Dengan Mudah

35 Komen

  1. ibj7739 pada 16 Feb 2012

    ICS baru je lg..
    dh Jelly Bean..
    this make me jelly…

  2. syahrilhafiz pada 16 Feb 2012

    ARE U JELLY ? lol
    gila la, laju betul, ics pun tak merasa lagi..ni mest nak jellykan iphone 5 ni XD

  3. tarmizishukri pada 16 Feb 2012

    dgr khabar ICS last versi android yang support flash..

    • Piratz pada 17 Feb 2012

      tue bukan khabar dah.. tue dah pasti dah pun…

    • Lensa Cahaya pada 17 Feb 2012

      HTML5 FTW!!

    • Syukri Lajin pada 20 Feb 2012

      kalau betul adobe tak akan update lagi.. kemungkinan besar feature utama kat jelly bean nanti focus kat HTML5 punya intergration.. :P

  4. john pada 16 Feb 2012

    “Jelly bean” ni tweak khas utk tablet. Bkn utk phone. Lg pun br rumours.

  5. Dadan pada 17 Feb 2012

    pasti sangat ditunggu-tunggu oleh semua pengguna Android…

  6. Manap pada 17 Feb 2012

    member aku adalah pembangun Android versi L=Lollipop

  7. Roslan pada 17 Feb 2012

    poyo nak mampuh.. walaupun aku pki android.. kasi la ICS stable and up dulu nak bwk masuk rumors.. sengal la google ngan android ni.. honeycomb pun lembab.. adoi.. eat my feet la android dev… no hard feeling plzzz.. lol!

    • Piratz pada 17 Feb 2012

      baik pakai symbian kan… sampai ke sudah tak stabil2.. hahaha

      • azwan11 pada 17 Feb 2012

        haha!

  8. Juan pada 17 Feb 2012

    laaa, jgn cepat sangat

  9. mujib pada 17 Feb 2012

    ok pasni leh wat versi tart nanas lak ke kuih bangkit….

  10. Tarmizi Kamaruddin pada 17 Feb 2012

    C – Cupcake
    D – Donut
    E – Eclair
    F – Froyo
    G – Gingerbread
    H – Honeycomb
    I – Ice Cream Sandwich
    J – Jellybean
    K – Kentucky Fried Chicken
    L – Lollipop

    • Kodet Froyo pada 18 Feb 2012

      Tak mungkin Kentucky Fried Chicken.
      Aku rasa “Kolaci” mungkin..

      • Syukri Lajin pada 20 Feb 2012

        Kuaci la.. haha

    • Lensa Cahaya pada 18 Feb 2012

      L=Laicikang. hohoho..

  11. kai pada 17 Feb 2012

    aku smakin berminat dgn android ni tau

  12. Hazq pada 17 Feb 2012

    wah.. cepatnyer..

  13. Ahmad Hati pada 17 Feb 2012

    Banyak sangat invention dari Android ni. Tak sempat kejar

  14. nur pada 17 Feb 2012

    os lain jugak yg lambat. haha laju gile,

  15. amer pada 17 Feb 2012

    baru nk merasa ICS blan 4 nih

  16. radhi0zil pada 17 Feb 2012

    Nama android lazat2 ye.

  17. atok pada 17 Feb 2012

    :)

  18. ezry pada 17 Feb 2012

    :-D

  19. roni pada 17 Feb 2012

    android 5 a.k.a jellybean ada chrome browser.. bukan ke chrome os tak berapa nak jalan jadi google cepatkan android 5 utk ganti chrome os di netbook dan notebook..lgpun windows 8 pun dah nak keluar

  20. nazmi pada 17 Feb 2012

    ermm…

  21. androidians pada 17 Feb 2012

    x mungkin…

  22. symbigo pada 17 Feb 2012

    wow, newsnya sama kayak di teknoup! Hehe…

  23. Firdaus pada 18 Feb 2012

    Wah. Baru sejam merasa ICS dah nak release baru dah..

    • p1 fans pada 18 Feb 2012

      +

    • Syukri Lajin pada 20 Feb 2012

      guna apakah?
      aku punya tab plus entah bila nak merasa.. custom rom pom takda.. =.=”

  24. suarakomputer pada 23 Feb 2012

    Android 5.0 Jelly Bean baru, samsung android 5.0 jelly bean baru plak… betul ke x? hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader