Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada kemaskini Android kepada peranti-peranti sedia ada, kini pembangun projek Android untuk desktop, iaitu Android-x86 juga sedang menghampiri fasa akhir untuk melancarkan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dimana versi RC (Release Candidate) sudah pun sedia untuk dimuat-turun semua.

Melalui Android-x86 versi pembangunan ini, ia membawakan antaramuka baru, seperti mana pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan beberapa sokongan perkakasan termasuk untuk AMD Radeon dan juga cip pemprosesan Intel. Sokongan kamera, dan beberapa perkara lain turut didatangkan. Namun, melalui versi RC ini, fungsi Ethernet masih belum diaktifkan padanya.
Untuk makluman, Android-x86 ditujukan khas untuk para pengguna netbook, tetapi masih boleh diuji pada desktop mahupun laptop. Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Android-x86 4.0-RC1 daripada halaman rasmi mereka di Google Code, dan mencubanya pada netbook, ataupun komputer anda yang lain.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
jap, nih kire cam OS ke? kalu ye, camne ngan driver2? cth cam P1wimax dongle driver, kalu tuk android cam tak support buat masa nih~huhu
ke yg nih just application android aje?
Ooo. P1 aku tak try. Aku pakai WiFi je. Dia bagi fail ISO, so boleh nak mount kat VirtualBox, atau install terus kat HardDisk. Haha.
woah.. cool!!
ni kira tukar OS ke?… adakah nak kena buang winxp terlebih dahulu?.. sory noob
kalau nak cuba tak byk ler tukar OS. cuba kat virtualbox atau vmware. pasal multiple os tu tak pasti. mungkin ade penerangan pada pautan yg diberi
Tested already on my USB pendrive 16GB Kingston DataTraveler 120. Install dlm pendrive, plug and boot ke USB. Very nice. Faster and quite stable. Cuma apps tertentu masih tak stable dlm OS ni dan of course no support for LAN network. Setakat ni hanya wifi sahaja. Tp mobility of device bagus la.
ambik yg mana ada beberapa jenis…
kalau pakai usb broadband jenis huawei or lain2 cmne lak bro..
USB Broadband tak boleh. Kena cari pendrive kosong sbb masa installation akan format pendrive tu ke FAT32. Saya download yang ada tulis asus_laptop, tp boleh run pada kebanyakan laptop. Blh check blog ni utk faham lebih lanjut pasal install kat pendrive: http://www.indragunawan.com/2011/01/android-x86-installed-on-sd-card-in-10.html
sori2.. salah wat ayat plak.. if nak connect internet menggunakn usb modem brand huawei.. boleh ke tidak boleh.. hehehe.. emm,rasenye if burn ke pendrive.. bleh ke android ni running kat desktop? kena download file yg mana plak tu.. harap pakar2 leh beri penjelasan ye
OS nie trial ke or memang dia bagi free yer?
lagi-lagi Android…
LOLs So True!
lagi-lagi Dadan…
tak fahammmmmmm..
aku da download, burn dlm cd..
then nak install tapi xleh..
mcm ne erk..?
mesti cube ni..
Chrome OS tetap di pundi.
mende ko merepek ni?..since when plak chrome tu OS??
google pernah buat chromeOS, OS berasaskan Linux, tapi macam tak laku jer…
symbian boleh running kat netbook tak?
kalau nak fungsi ethernet pakai versi 2.3 atau 2.2
aku pakai benda ni sejak versi 1.6