20Feb

Angry Birds Mula Mempromosikan Permainan Menggunakan Bahasa Melayu

e-Permainan

Nampaknya, langkah seterusnya untuk Angry Birds adalah mensasarkan untuk menerbitkan dan memasarkan permainan mereka dalam bahasa ibunda para pengguna. Langkah ini dapat dilihat, dimana pada hari ini, pihak Rovio telah pun mempromosikan Angry Birds pada platform Facebook dalam bahasa Melayu, mensasarkan pasaran Malaysia dan juga Indonesia.

Perkara ini bukanlah pertama kali, dimana sebelum ini, pada 14 Februari yang lepas, ketika pelancaran mereka turut menggunakan bahasa Melayu, memandangkan pelancarannya dilakukan secara rasmi di Indonesia. Di Malaysia sendiri fenomena permainan ini tidak ketinggalan, dimana rekod dunia untuk permainan yang dimainkan silih berganti dipegang oleh Malaysia menggunakan permainan Angry Birds pada tahun lepas.

Akhir-akhir ini, pelbagai jenama turut sama memfokuskan kepada rantau Asia Tenggara yang dilihat semakin berkembang dengan pesat dari hari ke hari. Beberapa syarikat juga turut sama memulakan operasi mereka disini, memperlihatkan pasaran yang besar, dan pengguna peranti pintar yang meningkat dari hari ke hari.

Jadi, adakah kita akan dapat melihat Angry Birds versi bahasa Melayu tidak lama lagi? Burung Marah?

Tips awal daripada Nazrien.


MOL Akan Menjadi Pengedar Zynga Game Cards Di Asia
Pengguna Wanita Adalah Pengguna Telefon Pintar Paling Ramai Di Malaysia
Android Merupakan Platform Yang Diminati Di Asia Tenggara Termasuk Malaysia
FourSquare Versi Islamik Bakal Diperkenalkan Pembangun Tempatan
Xbox Generasi Akan Datang Lebih Enam Kali Ganda Berkuasa Berbanding Xbox 360?

26 Komen

  1. Meleis pada 20 Feb 2012

    “Pukullah babi-babi” LOL! Mencarut tu!

    • lokei pada 20 Feb 2012

      +1
      HAHAHHAAHHHAHAAA

  2. ejam pada 20 Feb 2012

    sila gunakan khinzir yer utk nmpk lebih sopan…haha

  3. rekrazie pada 20 Feb 2012

    LOL kesian babi

  4. Dadan pada 20 Feb 2012

    Orang Indonesia dah bisa mainkan ini dengan Bahasa Melayu dong…

  5. mujib pada 20 Feb 2012

    mari pukul babi-babi itu

  6. safiqyunus pada 20 Feb 2012

    klu dpt hadiah best, jgn kn pukul babi. aq bunuh skali je, wakaka

  7. ibj7739 pada 20 Feb 2012

    bahasa malaysia…

    • Aman pada 20 Feb 2012

      Bahasa Malaysia sekiranya ia mensasarkan pasaran Malaysia. Penggunaannya berbeza sedikit. Memandangkan ianya mensasarkan nusantara, termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, ianya adalah Bahasa Melayu.

  8. khai pada 20 Feb 2012

    hahah..terbaek aah…kita pukul babi2 itew..

  9. AmenoWorld pada 20 Feb 2012

    Kelakar dowh

  10. c.l. pada 20 Feb 2012

    burung oh burung
    mengapa engkau marah
    macam mana aku tak marah
    babi curi telur
    babi curi telur

    babi oh babi
    mengapa curi telur
    macam mana aku tak curi
    raja aku suruh
    raja aku suruh

    raja oh raja
    mengapa suruh curi
    macam mana beta tak suruh
    memang makanan beta
    memang makanan beta

    wahai burung2 semua lastik raja babi tu!

  11. atok pada 20 Feb 2012

    terbaek !!

  12. hehe pada 21 Feb 2012

    Adik-adik, ikut abang cakap, “Pukullah babi-babi!”.
    - “Pukullah labi-labi!”.

    Adik-adik, abang cakap, “Pukullah babi-babi!”.
    - “Pukullah labi-labi!”.

    Adik-adik, abang cakap, “Pukullah babi-babi!”.
    - “Pukullah labi-labi!”.

    Adik-adik “Pukul babilah babi!”.
    - “Pukullah lari-lari!”.

  13. Afiffuddin pada 21 Feb 2012

    Haha, ini memang lawak. Susah kalau direct translet, jadi skema semacam ja bunyinya.

    • denz pada 22 Feb 2012

      tu la pasal..ni mesti diorang guna gtranslate…hehe

  14. KEYBOARD WARRIOR pada 21 Feb 2012

    KEMARAHAN BURUNG !

  15. rajaunta pada 21 Feb 2012

    Pulak dah…

  16. Janjang pada 21 Feb 2012

    bunyi mmg klaka tapi ade byk bagusnyer.

  17. fiqueobiey pada 21 Feb 2012

    haha,burung marah..abislah babi babi nnt..

  18. IzhamHasan pada 21 Feb 2012

    aku bace banyak kali post angry bird tu semalam sebab kurang paham.. heheh

  19. Izzuddin Jr. pada 21 Feb 2012

    yeah !
    bunuh babi-babi itu !
    HaHaHa !

  20. steady eddie pada 21 Feb 2012

    babi itu tidak harus di pukul, tapi harus di bunuh hehehe…ANGRY BIRDS always make me feel better…

  21. Amir pada 21 Feb 2012

    Bahasa Melayu ni memang ramai orang yang guna. Kalau tengok kat Twitter pun memang selalu sangat boleh nampak..world trending hashtag dari Malaysia/Indonesia.

    Cuma yang tak bestnya bila diorg translate bulat-bulat..memang kasar bunyinya (vaviks) :)

  22. nur pada 23 Feb 2012

    babi kena baling dengan burung marah

  23. Lensa Cahaya pada 27 Feb 2012

    burung marah? LOL. hahaha~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader