Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas memperkenalkan Angry Birds pada platform Facebook baru-baru ini, nampaknya, pembangunnya, Rovio masih tidak berhenti, dan terus membawakan pelbagai pembaharuan dalam memastikan pengguna terus menggunakan dan memainkan permainan mereka. Terkini, mereka dalam perancangan untuk melancarkan Angry Birds : Space pada 22 Mac kelak.
Melalui Angry Birds Space, ia akan membawakan beberapa penambahan, termasuk sokongan graviti sifar, dan beberapa bentuk permainan baru. Watak-watak burung yang baru juga akan didatangkan bersama-sama dengannya. Rovio masih tidak mengeluarkan fungsi penuh permainan tersebut, dan menyatakan mereka akan mengumumkannya dalam minggu-minggu akan datang.
Seperti versi Angry Birds yang lain, permainan Angry Birds Space juga dijangka akan diperkenalkan pada pelbagai platform pada tarikh yang sama.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dah masuk versi angkasa lepas la pulak..hahahah.. aku tak habis lagi main Rio..
+1
wahh..best nie..cpt la..xsbr nk men..
informasi bagus untuk penyuka games…
harap2 ade untuk meego.
Macam – macam. Aku dah boikot Angry Birds ni sebab menghina Islam.
Pergi hidup dalam gua la.. Zaman sekarang, semua benda menghina islam…
+1
Berfikirla secara positif, apa yang hinanya. Sebut Alhamdulillah tu hina ke. Dari sebut “CELAKA BABI NI” bila tak lepas level. mana lebih baik?
kretif sgt org2 skrg ni. benda kdg takde kena mengena pon dibuat ade kaitan
ape la ko ni…
wahh..best2…
Waiting~ Hehe
wah!!.. nak nak
tidak sabar untuk menunggu..
xsabar nk main ni..hehehe
Terbaiklah.tak sabar nak main.RIO dah lepas semua.
wow…lepas ni bedil sampai ke angkasa…