Cari @ Amanz

Les Copaque sebelum ini telah pun memperkenalkan aplikasi Pocket Ipin, selain pada masa yang sama memberikan pihak Amanz sedikit paparan eksklusif berkaitan dengan aplikasi iPad Upin dan Ipin. Nampaknya bukan itu sahaja, dan masih terdapat beberapa aplikasi yang masih dalam pembangunan oleh pihak Les Copaque.

Hari ini, salah seorang pembangun di Les Copaque berkongsi sebuah gambar khas, memperlihatkan sebuah aplikasi seumpama Pocket Ipin, tetapi diterapkan dengan beberapa sokongan permainan. Daripada paparan yang dikongsikan, ianya kelihatan seperti ianya merupakan permainan untuk menimbang dan mengawal bola.

Ia tidak diketahui adakah pihak Les Copaque akan melancarkannya kepada umum, atau sekadar masih dalam peringkat prototaip lagi. Mungkin kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd