14Feb

Apple Diperkatakan Akan Melancarkan iPad Pada 8 Mac?

Apple

Salah satu tablet yang dinantikan pada tahun ini adalah iPad 3 daripada pihak Apple, yang bakal membawakan pelbagai kemaskini dan perkara baru padanya. Walaupun ia masih tidak diketahui secara rasminya, bilakah ianya akan dilancarkan, kini ura-ura terkini memperkatakan iPad 3 bakal dilancarkan pada 8 Mac kelak. Perkara ini dilaporkan oleh iMore, dan turut dipersetujui oleh laman The Loop.

Ia disasarkan untuk pelancaran pada 7 Mac pada waktu Amerika Syarikat, yang mana masa pelancarannya yang mungkin jatuhnya pada tarikh 8 Mac di Malaysia. Info-info berkenaan dengan sokongan baru yang bakal dibawakan bersama-sama dengan iPad generasi baru tersebut masih tidak diketahui sepenuhnya dan masih kekal misteri.

Antara perkara yang diperkatakan akan dibawakan olehnya, termasuk cip pemprosesan baru padanya – cip empat-teras? Bersama-sama dengannya, ia juga dilaporkan bakal membawakan sokongan grafik yang lebih tinggi, dan paparan skrin yang lebih jelas.


Office 2011 Untuk Mac Pada Hujung Tahun
Facebook Untuk iPad Dilancarkan Secara Rasminya
(Video) Proses Penetapan Apple iOS 5
Mungkinkah Malaysia Akan Menerima iPhone 4S Pada 25 November?
Apple Turut Bakal Menawarkan iPhone 4S Melalui Apple Store Malaysia

13 Komen

  1. muazfaris pada 14 Feb 2012

    another rumors.. hee

  2. Dadan pada 14 Feb 2012

    meski masih sebatas kabar burung, tapi kedatangan iPad 3 ini memang sedang ditunggu-tunggu..

  3. Jibam pada 14 Feb 2012

    Apple marketing..

  4. paeh pada 14 Feb 2012

    satu ipad pun aku tak dapat miliki lagi. wahahaha

  5. Nisa pada 14 Feb 2012

    iPad 3 nak keluar..iPad 2 pun tak sempat guna lagi..

  6. sinach pada 14 Feb 2012

    apple.rumors.patent.. nothing new kan.

  7. konglimin pada 14 Feb 2012

    ipad 2 bila nak turun harga 1199?

  8. tarmizishukri pada 14 Feb 2012

    aku dh beli ipad 2 november lepas, so tunggu ipad 4 lah baru upgrade :p

  9. kaihnsn pada 14 Feb 2012

    tak sabar tunggu hutang ipad 2 ni nak abis tahun depan. abis je hutang terus sambung hutang ipad 3 pulak. ishhh lama betoi nak tunggu tahun 2013.

  10. syahrilhafiz pada 14 Feb 2012

    fffuuu kan bagus amanz buat contest time ni. main SEO, sama menang dapat iPad 3..syok syok :P

  11. Lawrence Vision pada 15 Feb 2012

    baru dah rembat ipad 2.tak sabar menunggu keluarga ketiga apple..

  12. bujal.x pada 16 Feb 2012

    SEBENARNYA YANG KELUAR CUMA IPAD 2S~KEH KEH~~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader