11Feb

Apple Menyaman Samsung Kerana Fungsi Autocorrect

Apple

Peperangan harta intelek antara Samsung dan Apple kembali panas hari ini apabila Apple memfailkan dua lagi aduan terhadap Samsung. Apple ingin menyaman Samsung kerana dikatakan meniru dua lagi paten milik Apple dan salah satunya berkaitan dengan fungsi autocorrect yang digunakan pada sistem operasi iOS. Apple memegang paten bernombor 8,074,172 iaitu “Kaedah, sistem, dan antaramuka pengguna grafik untuk menyediakan cadangan perkataan” yang diberikan kepada mereka oleh Jabatan Paten Amerika Syarikat pada Disember tahun lalu.

Kes terbaru ini unik kerana Apple menyaman Samsung atas dasar peniruan antara muka sistem operasi iOS dan bukan peniruan rekabentuk perkakasan seperti sebelum ini. Pemfailan dua kes terbaru ini bermakna Apple kini mempunyai 12 kes saman terhadap Samsung yang masih belum selesai. Nampaknya Apple benar-benar berusaha untuk memastikan pencabar utama mereka didalam pasaran peranti pintar dapat dihapuskan. Apple masih belum berpuas hati walaupun mereka kini memegang lebih dari 75% pasaran peranti pintar dunia.


iPhone 4 Di Malaysia Jumaat Hadapan
Prototaip iPad Mini Mula Kelihatan?
Galaxy S2 Terjual Lebih 3 Juta Unit Dalam Masa 55 Hari
(Video Disebalik Tabir) Ujian Siri Pada iPhone 4S
Celcom Mengeluarkan Pakej Rasmi Untuk Samsung Galaxy Nexus

66 Komen

  1. fairuz pada 11 Feb 2012

    wah saman menyaman… CSL bila nak kena saman?

    • Viz pada 11 Feb 2012

      +1

      • lokei pada 11 Feb 2012

        ape ni amanz, sumber asal pon xde..

    • snazzybizarre pada 11 Feb 2012

      CSL apakah itu ? kahkahkah

      • Meleis pada 16 Feb 2012

        hey jgn kaupersenda CSL kepunyaanku, siap ada tv tau. smartphone kau ada?

    • Arrul pada 11 Feb 2012

      +1

  2. Dadan pada 11 Feb 2012

    Woow ! perang untuk menduduki peringkat tertinggi telah dimulai…

  3. qarr pada 11 Feb 2012

    apple jelez..haaha

  4. EddyGeek pada 11 Feb 2012

    cuba la guna cara yang ada “class” sikit. apple kena contohi microsoft.
    “We won’t use “essential patents” to block our competitors”

  5. AdiHazmi pada 11 Feb 2012

    go! go! Apple , you can do it.Memang patut samsung kene saman semua produk dia nak tiru Apple punya

    • amer pada 11 Feb 2012

      wei, cip dlm iphone tu samsung yg buat tau

      • quera pada 11 Feb 2012

        +1

      • Beburung pada 11 Feb 2012

        Give credit where it’s due.

        Cip A5 designed oleh Apple, manufactured oleh Samsung. Ia cip yang distinct, berbeza dari cip rekaan Samsung. Ia adalah sebab mengapa cip Samsung Exynos dan Apple Ax masing2 menunjukkan performance advantage yang berbeza didalam aspek yang berlainan.

        Apa yang Apple buat sama je dengan apa yang Nvidia buat. Mereka berdua adalah fabless semiconductor companies.

        *sekadar membetulkan misconception yang selama ini berlegar di minda ramai orang disini*

        • mfdgdianon11 pada 11 Feb 2012

          sembang kuat laa hg nie~~~

          • slee pada 12 Feb 2012

            sembang kuat ade isi xpe..dari kondem kuat muahahaha apadaa

          • hikari pada 12 Feb 2012

            ok ape dia kongsi ilmu. drpd asyik nak kondem je..

          • syaz pada 14 Feb 2012

            Lagi baik sembang kuat berisi daripada menyalak kuat tapi kosong macaammm…macam sapa ek??? Lu pikirlah sendiri..

  6. razfira pada 11 Feb 2012

    yeahh!sokong! hahahha.

  7. AsyrafFile pada 11 Feb 2012

    Alamak… perang jenama handphone tablet dah kembali….

  8. ezry pada 11 Feb 2012

    +++++1

  9. hanafi bhari pada 11 Feb 2012

    perghh mentang saham banyak .

  10. Budak2 pada 11 Feb 2012

    sume nak saman 6ti kt dunia nie product apple jer la yg wujud….

    • hehe pada 11 Feb 2012

      nanti != 6ti (enamti) lah sibai

      • wan23 pada 11 Feb 2012

        dah name budak2…ahahaha

      • haha pada 11 Feb 2012

        cibai la..bukan sibai

      • IzhamHasan pada 11 Feb 2012

        +999999999

  11. budakudm pada 11 Feb 2012

    apple kecut…

    • slee pada 12 Feb 2012

      tang mana??

      • MindaMalay pada 12 Feb 2012

        tang telurnya…

        • slee pada 13 Feb 2012

          hahaha ade telur rupanya apple

          • Meleis pada 16 Feb 2012

            nyum nyum telur spruh msk.

  12. basri pada 11 Feb 2012

    Masih lg king of copycat dipegang oleh samsung..tu sebab aku xnak beli samsung ni..

    • slee pada 12 Feb 2012

      +999999999999999

    • Gagger pada 12 Feb 2012

      Kau tak beli pun Samsung still jalan lah.
      Ingat Samsung batak sangat dgn Ifags mcm kau?

      • slee pada 12 Feb 2012

        hehehehe kan tokey samsung dah marah

      • hikari pada 12 Feb 2012

        hahaha…asal x sokong samsung, kena cop ifags.. ade org butthurt..yay!

      • syamilshahimi pada 13 Feb 2012

        marah nampak. keje kat Samsung lettew

      • syaz pada 14 Feb 2012

        Haha..grow up and learn to chill lah brader.

  13. Easter pada 11 Feb 2012

    Dua2 pun bagus tapi tak suka Samsung pandai copy….

  14. Beburung pada 11 Feb 2012

    Hahaha…actually nak tergelak tengok respons para pembaca di Amanz lebih2 lagi pada topik saman-menyaman melibatkan Apple.

    Rata2 masih ramai yang tak dapat grasp konsep patent litigations yang berlaku kebelakangan ni. Mengemukakan saman bukanlah semata2 bermaksud menghalang penjualan, menuntut gantirugi secara semberono, atau membuli pesaing. In fact, ia tak semestinya menindas inovasi, malah ia menggalakkan lagi inovasi dengan memaksa syarikat lain menonjolkan inovasi mereka.

    Selalunya apa yang akan berlaku adalah penyelesaian diluar mahkamah. Itu berlaku apabila salah satu pihak dah tak mampu nak pursue kes. Actually ia adalah happy ending untuk kedua-dua pihak.

    Kalau kita lihat dari perspektif Apple, mereka sebenarnya hanya mahukan leverage terhadap vendor-vendor mereka. Expectation orang ramai sangat tinggi pada Apple. Jangan cuma lihat hanya dari sudut konsumer, malah performance dari sudut pelaburan. Setiap tahun je mesti ada record breaking quarter, itu expectation shareholders yang sungguh berat untuk dipikul. Dari segi konsumer, tiap-tiap tahun orang nak tengok produk baru dengan update yang berlipat ganda, tapi dalam masa yang sama nak beli pada harga yang sangat impossibly murah.

    Sasarannya ialah mereka kena cari cara untuk hasilkan produk yang exceeding expectation pada harga yang murah. Tu belum kira dengan menggunakan teknik proses baru dalam penghasilan produk (e.g: unibody). Jadi apa yang berlaku ialah Apple cuba untuk gunakan leverage mereka dengan vendor-vendor seperti Samsung untuk mendapatkan harga yang murah untuk cip memori dan pengilangan cip pemproses rekaan Apple. Di sini la kes patent litigation enters the picture. Bla bla bla….end resultnya adalah harga yang tak memeningkan untuk Apple, seterusnya penjimatan dikembalikan kepada pembeli.

    Berbalik kepada konsep penggunaan patent ni, actually kebanyakan syarikat utama dunia perkomputeran dan mudah alih berkongsi patent antara satu sama lain berdasarkan negotiation mereka. Ini dipanggil “Cross-Licensing”. Even Apple sendiri pun banyak mengambil lesen untuk pelbagai paten yang menjadikan produk mereka seperti yang kita kenal, selain di atas inovasi sendiri. Ia adalah sesuatu yang normal walaupun sesama pesaing.

    Ia konsep yang mudah, “Kalau aku gunakan sesuatu dari orang lain, I have to give back something”. Ia tak semestinya tentang lump sum cash di akhir kes. Apa yang mereka seek adalah cross-licensing dan preferred rate dengan vendor. Ia sangat obvious sehinggakan pada tahun yang sama kes paten ni bermula, Apple berada dalam rundingan dengan Samsung untuk pembelian komponen bernilai USD 7.8 Billion, dan itu adalah selepas strategic investment 2 tahun bernilai USD 3.9 Billion yang mana Samsung juga adalah antara syarikat penerima manfaat.

    .
    .
    .
    .
    .

    Sebelum ada yang memberikan komen berbunyi seperti “TLDR”, “panjangnya, rabun mata aku…” dsb, ini je kesimpulan yang aku bagi:

    Fan produk-produk seperti Samsung dan Apple masing-masing gaduh bagai nak rak, walhal kompeni2 ni happy je berenang dalam kolam duit mereka. Masih ramai yang buta lagi membuta tuli. Lebih banyak produk Samsung terjual, lebih gembira Apple. Lebih banyak produk Apple terjual, lebih gembira Samsung. Apa yang berlaku ialah masing-masing cuba squeeze value proposition patent dan produk mereka, dan itu kerja mereka untuk menggembirakan pemegang syer. Masing-masing gain benefit. Happy ending.

    Sebenarnya tak hairan pun kalau ramai kat Malaysia yang tak faham akan permainan sedemikian, sebab biasanya kita hanya dihidangkan dengan kes saman-menyaman ahli politik dan artis. Masyarakat kita masih belum bersedia untuk crunch info seperti ini.

    • amer pada 11 Feb 2012

      dude, that is awesome! +99999999

      • Hisham pada 11 Feb 2012

        Aku pengguna samsung..tp x kisah pun benda2 mcm ni sbb blh rasa mesti ada udang di sebalik mee.kdg2 pengguna yg fanatik bagai nak rak sampai member aku panggil aku x ekslusif sbb guna android.tp bila wujudnya Apple or android fag..ini yg membuatkan company2 ni untung.he..he

    • Aminiesta pada 11 Feb 2012

      Komen ini patut dimasukkan dalam artikel di atas.

      • sam pada 14 Feb 2012

        +1

    • Sulaiman Akhlaken pada 11 Feb 2012

      betul gak ekk…tahukah anda microsoft ada share dlm Apple. Microsoft telah menyelamatkan Apple dari bungkus dengan menepam modal berjuta² lemon. Hasilnya bebrapa pelanggaran patent antara microsoft dan apple dapat disettlekan. no wonder apple dan microsoft dan tak bergaduh. So kalo apple untung microsoft pon turut gumbira

      • Beburung pada 12 Feb 2012

        Yup, dan bukan setakat disitu sahaja. Malah untuk pembidaan portfolio patent berkaitan telekomunikasi oleh Nortel tahun lepas, Apple dan Microsoft membentuk konsortium (bersama syarikat-syarikat lain) untuk membida dan akhirnya memenangi bidaan tersebut pada kos USD4.5 Billion.

        Koleksi patent sedemikian amat penting bagi syarikat2 pembuat peranti mudahalih agar dapat melindungi diri mereka dari patent troll. Dan untuk jangka panjang, mereka boleh kurangkan dependency kepada pelesen-pelesen patent sedia ada supaya mereka dapat menambahkan penjimatan kepada setiap produk. Bayangkan, kalau pada mereka tu USD4.5 Billion tu dah kira jimat.

        Kat sini je kita dapat tengok, sebenarnya tech giants ni sanggup berkongsi dan bekerjasama untuk menyelamatkan antara satu sama lain, seperti yang dilakukan Microsoft dan Apple. In fact, dalam mana2 dunia perniagaan pun, tak ada istilah “lone ranger”. Pendek kata, kalau nak makan sorang je, memang tak lama lagi la gulung tikar.

    • Mashi pada 11 Feb 2012

      boleh jadi penulis jemputan di Amanz.my ni

    • IzhamHasan pada 11 Feb 2012

      +9999999999

      mohon beburung terus dan terus berada dikomen² post amanz.my yg seterusnya..

    • syamilshahimi pada 13 Feb 2012

      nice one bro. x dapat aku nak susun ayat panjang lebar cam kau buat. good job. muak tengok budak2 tak matang gaduh bagai kat Amanz.my ni. Baik yang geng Apple nye, baik yang geng anti-Apple nye.

      • archiq pada 13 Feb 2012

        +9000…

        gaduh bagai nak rak bukannya boleh dapat iPhone 4s percuma pun…

    • Picco pada 13 Feb 2012

      agree. U know la Malaysian… ada ilmu sikit dr org lain, angkuh and cakap besar. supposed its for sharing. patut la mana2 forum asalkan org malay yg bukak mesti ade pergaduhan and perang cyber… tgk lowyat, web forum dia jauh beza ngn forum org melayu buat. kejenye asyik nak touching, nak gadoooooo je

    • syaz pada 14 Feb 2012

      Thank you..that was awesome.

  15. syahrilhafiz pada 12 Feb 2012

    wahaha, dah tu perang smartphone, tade hack hack ke? best pe masuk Buletin utama.. :P

  16. syaf88 pada 12 Feb 2012

    agak la wei… nak perang wat pe….

  17. muhian pada 12 Feb 2012

    NOKIA relek je no copy2 design sendiri.
    APPLE pun ada copy gak2 masalah patent dengan NOKIA.
    apple siap bayar royalti lagi kat NOKIA.

    sumber->http://bit.ly/AiM6gX

  18. Masri Amin pada 12 Feb 2012

    trend saman menyaman da…

  19. incik pada 14 Feb 2012

    tersedak baca komen-komen ni.hehe

  20. Boss262 pada 15 Feb 2012

    Jangan sampai kalah macam di China sudah, suka saman menyaman akhirnya kena dekat diri sendiri. Ibarat meludah ke langit kena muka sendiri.

    • Beburung pada 16 Feb 2012

      Kalau anda maksudkan tentang kes cap dagangan iPad dengan Proview di China, actually ia adalah lagi satu permainan oleh Apple yang cukup simple. Kita ambil contoh-contoh ni,

      * Pemindahan pengilangan produk Apple ke Brazil yang diselia Foxconn. Kalau perhatikan betul-betul, Foxconn dan Apple membuat nego yang agak berat kepada kerajaan Brazil, termasuk insentif cukai terhadap produk tablet dibawah 750 gram yang dilaporkan diluluskan oleh Brazil bulan lepas.

      * Kecilkan lagi skop, kita tengok pula pembinaan datacentre Apple di North Carolina beberapa tahun lepas, yang mana Apple nego dengan kerajaan tempatan dan diluluskan insentif USD46 Juta.

      * Nak skop yang lebih kecil? Apple Store Grand Central. Penyewa lain dikenakan sewa USD200 per kaki persegi, tapi Apple nego dengan MTA untuk dapatkan kadar USD60 sahaja.

      Ok, sekarang apa kaitan semuanya di atas? Berbalik kepada isu leverage oleh Apple, kebanyakan di atas adalah deal jangka panjang oleh Apple, yang mana sangat sangat menguntungkan dan nampak berat sebelah. Tapi cuba fikir kenapa mereka bersetuju in the first place. Grand Central? Kadar pengunjung yang menggunakan perkhidmatan awam di situ bertambah ramai mengunjungi kedai-kedai lain yang disewakan MTA di GC. Kilang Apple? Antara yang paling tinggi memberikan benefit kepada staff secara relatif, selain industri di sekitarnya (e.g: sub-vendor). Bayangkan kita bina kilang Proton, bila dah buat mesti kilang2 pembekal komponen disekitarnya akan mula naik. Mutually benificial.

      Ok sekarang anda mesti tertanya-tanya apa kaitannya. Aku bukannya Apple apologist pun, apa yang aku cuba tunjukkan ialah Apple sebenarnya mempunyai rundingan yang agak berat dengan China sebelum ini, more or less seberat seperti di atas. Dan sekarang Apple ada strategi nak shift sebahagian pengilangan ke Amerika Latin oleh beberapa faktor:

      1. Kadar duti oleh negara2 Amerika Latin adalah notoriously tinggi untuk produk elektronik import, tapi mereka adalah market besar yang seterusnya bagi Apple.

      2. Beberapa pembuatan komponen kritikal dalam produk Apple dah mula dipindahkan di benua Amerika. Samsung baru punya fab pun dah ada kat Texas, yang mana dikatakan hampir kesemua production yang berjalan sekarang ni adalah pemproses Apple siri Ax (A5, A6, etc).

      Jadi apa yang Apple nak sebenarnya adalah kepantasan dari tahap design kepada production kepada sales. Dengan pengaturan semula logistik, Apple dah boleh handle kesesakan jualan dan senang nak tune balik angka production jika perlu. Tak payah nak susah-susah tunggu produk siap atas kapal dari China.

      Jadi di sini je China akan terkesan sikit, memandangkan produk Apple adalah sangat popular dan sangat menjana bagi mereka. Even kalau kita kat Malaysia beli produk Apple secara online, ia dihantar dari hub penghantaran di Shenzhen, China. Jadi kat sini dah nampak apa yang China akan hilang kalau Apple shift pembuatan keluar. Tapi Apple pun tau, dia pun agak terikat dengan China (mostly for the good reason). Jadi di sinilah trademark litigation enters the picture. Ia adalah getaway train untuk Apple, lebih-lebih lagi tuntutan Proview yang dilihat agak ludicrous dimata awam.

      Sekarang diorang pun dah admit yang kastam sendiri tak mampu nak ban export iPad disebabkan populariti produk dan leverage yang Apple sedia ada. Jadi apa yang akan berlaku adalah kes ini akan berpanjangan di mahkamah sampai berapa lama tah, dan dalam masa yang sama Apple bebas menjual produk mereka.

      .
      .
      .
      .
      .

      Sekali lagi sebelum ada yang memberikan komen seperti “sembang banyak”, “TLDR” dsb, ni versi pendeknya. Sebenarnya Apple nak mula shift assembly keluar China untuk produk popular mereka, lebih-lebih lagi iPhone dan iPad. Dalam masa yang sama, Apple nak jaga relationship dengan China sebab China juga antara emerging market yang besar untuk Apple. Jadi kes cap dagangan Proview tu adalah excuse besar bagi Apple, yang mana apa2 outcome pun akan menguntungkan Apple dikemudian hari. Ia samada Apple dapat pindahkan sebahagian pembuatan ke Brazil tanpa isu, atau China sendiri reconsider. China pun main tarik tali, sama macam Apple.

      It’s just business.

      • syaz pada 16 Feb 2012

        Please, teruskan sembang. Not even Engadget ada comenter mcm kau. Kalau ada a-hole yg cop orang sana sini ifags, windows fags, let them kiss your a**.

        • Beburung pada 16 Feb 2012

          Budi bahasa budaya kita.

          Renung-renungkan.

          • Meleis pada 16 Feb 2012

            +1000

  21. Faris pada 17 Feb 2012

    Apple & Samsung adalah saingan sengit dan panas dalam pasaran peranti pintar

  22. nur pada 17 Feb 2012

    aha, benda-benda dunia, kalau setakat gaduh2 buat apa, ciptalah gadget buatan anda, mana tau evolusi telekomunikasi datang dari anda… haa baru anda semua faham tentang patern mempatern ni.. Malaysia boleh..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader