12Feb

Bank Islam Menyertakan Sokongan Sekuriti Baru Untuk Mengatasi Masalah Phishing

Sekuriti

Selepas beberapa bank memperkenalkan sokongan sekuriti tambahan dalam bentuk gambar, kini bermula daripada minggu ini, Bank Islam juga turut sama menyertakan fungsi ini pada perkhidmatan perbankan atas talian mereka, membolehkan pengguna mereka mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam melindungi akaun mereka.

Melalui pilihan baru ini, para pengguna boleh memilih sebuah kata khas pilihan mereka, dan juga gambar khas untuk akaun mereka, yang mana kedua-duanya akan dipaparkan ketika mereka log masuk ke akaun Bank Islam melalui internet. Ianya merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah phishing yang semakin meluas, sekaligus mengurangkan masalah mereka yang tertipu.

Buat masa ini, beberapa perbankan atas talian telah pun menyertakan sokongan seumpama ini, termasuk BSN, Maybank dan juga CIMB, dan mungkin kita akan melihat ianya digunakan dengan lebih meluas oleh perkhidmatan perbankan atas-talian yang lain.

Tips daripada Omar.


Microsoft Security Essentials Sedia Di Muat-Turun
Google Menjadikan Akaun Anda Lebih Selamat
Ubah Nama SSID Dan Kata Laluan Modem WiFi Peribadi Maxis Dengan Mudah
Halaman Utama Laman FAM Digantikan Dengan Mesej Dari Tunisia
Lebih 14 Akaun Laman Sosial Milik Pihak KRU Digodam

12 Komen

  1. Ekspresi Ruang pada 13 Feb 2012

    rasanya yg ni lebih kepada personal online-banking berbanding untuk syarikat.
    so far iVest di bawah DigiCert mcm ok lg. tp perlu diperketatkan lg sistem keselamatan diorang sbnrnya

  2. man pada 13 Feb 2012

    bukan maybank dah buat lama ke?

  3. Juan pada 13 Feb 2012

    bagus nih

  4. hanafi bhari pada 13 Feb 2012

    bagus lah ni . tk la jd kes mcm cimb dulu ;DD

  5. khai pada 13 Feb 2012

    bgslah… bru je tukar…

  6. Amir Hamzah pada 13 Feb 2012

    Personally aku rasa masih banyak lagi yang bank islam boleh perbaiki terutmanya hal berkaitan performance. Selalu down la service online bank islam :-(

  7. Dadan pada 13 Feb 2012

    baguslah, memang setiap bank harus lebih memperketat keamanannya, dan juga untuk para nasabahnya

  8. Masri Amin pada 13 Feb 2012

    bagus la bank Islam buat mcm nie,…sekurang2nya org ramai makin yakin dengan perbankan Islam

  9. topo pada 13 Feb 2012

    aku pon baru perasan semalam menarik jugak, tapi Bank Islam punya internet service tak boleh tandingi maybank dengan cimb

    • Omar pada 13 Feb 2012

      Bank Islam patut dah boleh revamp keseluruhan website tu. Tapi sekarang ok sikit la, dulu bukak guna Chrome memang fail.

  10. RIS-FAMILI pada 13 Feb 2012

    Baguslah macam tu. Selamat pelanggan.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader