16Feb

Beberapa Info Awal Berkenaan Windows Phone Tango Mula Kelihatan

Microsoft

Dengan Windows Phone Mango yang telah pun dilancarkan pada tahun lepas, kini para pengikut berita Windows Phone, semestinya menantikan kepada kemaskini Tango dan juga Apollo. Untuk makluman, Tango disasarkan untuk peranti dengan spesifikasi rendah, dan ia disasarkan untuk diperlihatkan kepada umum pada MWC penghujung bulan ini.

Maklumat rasmi berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun begitu, beberapa info berkaitan dengan Windows Phone Tango sudah pun mula kelihatan pada arena web hari ini.

Melaluinya, ia kelihatan yang mana Windows Phone Tango disasarkan dengan peranti spesifikasi rendah, membolehkan peranti Windows Phone berharga lebih murah dihasilkan. Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia juga akan didatangkan dengan beberapa kekangan, dimana beberapa aplikasi yang memerlukan memori atau kuasa operasi tinggi tidak dapat dipasang. Perkara ini dinyatakan melalui Marketplace untuk para pengguna yang ingin memasang sesuatu aplikasi itu.

Pada masa yang sama, Tango juga diperkatakan akan membawakan sokongan MMS yang lebih baik, membolehkan para pengguna menyertakan lebih daripada satu fail bersama-sama dengannya. Tango juga turut akan menyertakan sokongan untuk mengeksport buku alamat ke SIM, serta menyertakan sokongan rakaman suara untuk dihantar bersama-sama dengan MMS.

Mungkin kita akan dapat mendengar beberapa maklumat lanjut berkenaan dengan Tango ini pada acara MWC pada penghujung bulan ini kelak.


Visual Studio 2010 dan .NET Framework 4 Di Lancarkan
Microsoft Office 2010 Di Lepaskan
Windows 8 Bakal Memberikan Lebih Kawalan Kepada Skrin Kunci Utama
Poster Peranti Nokia Dengan Windows Phone 8 Mula Kelihatan
Lebih 1.7 Billion Telefon Pintar Di Pasaran Menjelang Tahun 2017

11 Komen

  1. deleted pada 16 Feb 2012

    wow! nice improvement! and a very nice way to build up consumer’s confidence!

  2. kai pada 16 Feb 2012

    cantik gak ni

  3. ali mamak pada 16 Feb 2012

    harap harga mampu milik la..

  4. Dadan pada 16 Feb 2012

    mungkin menunggu pelancaran sepenuhnya saja…

  5. Haziq pada 16 Feb 2012

    cool.

  6. Harsh pada 16 Feb 2012

    kalau dlm RM700-RM800 pun da ok dah

    • rizuani pada 16 Feb 2012

      kalau RM150 ke RM200 lagi ok..lagipun windows ja kot

  7. Meleis pada 16 Feb 2012

    Cantikla rege murah. hrp design pun cun.

  8. WanAmir pada 16 Feb 2012

    lawa.. tp lama-lama bole bosan jugak….

  9. infoserius.com pada 16 Feb 2012

    Wow.cantik-cantik

  10. roni pada 16 Feb 2012

    beria~ria micro$oft nak kalahkan linux phone. . aku tetap support linux phone


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader