25Feb

Canon 5D MK III Bakal Diumumkan Pada Awal Minggu Hadapan?

Gajet

Bagi para peminat DSLR daripada Canon, kini ia diperkatakan, Canon bakal memperkenalkan kemaskini kepada keluarga DSLR Canon 5D, dengan memperkenalkan dan melancarkan Canon 5D III pada minggu hadapan, berkemungkinan pada 27 atau 28 Februari. Namun, pengesahan rasmi masih belum dikeluarkan oleh Canon buat masa ini.

Canon 5D MK III dijangka akan membawakan sensor 22-megapixel, skrin LCD bersaiz 3.2-inci, slot untuk kad CF/SD dan juga disertakan bersama 100% VF. Pada masa yang sama, nama akhir untuknya masih tidak diketahui lagi, dimana beberapa ura-ura mengatakan ia akan menyertakan huruf “X” pada penamaannya.

Pada masa yang sama, menurut UberGizmo, kamera terbaru daripada Canon ini akan dijual pada harga sekitar $3500 (~RM10,500). Jadi, ada sesiapa yang akan membelinya kelak?


Samsung Galaxy Tab Di Lancarkan Di Malaysia
RIM : BB OS 6.1 Bakal Dikenali Sebagai BlackBerry OS 7
ASUS Memperlihatkan Video Promosi Untuk Eee Pad Transformer 2
Ultrabook Asus ZenBook Di Malaysia November Ini
Pandang Pertama : Samsung Galaxy S3

7 Komen

  1. mujib pada 25 Feb 2012

    ciss br angkat 5dmark2 dah kuar br

  2. Dadan pada 25 Feb 2012

    saya tak mampu lah tuk membelinya :D

  3. shafiq pada 25 Feb 2012

    yes dah boleh start saving..hehe

  4. Izham pada 25 Feb 2012

    Rasanya Nikon D800 lagi berbaloi

  5. Arrul pada 25 Feb 2012

    full-frame baik beli D800…klu nk jnis megapiksel plak baik beli A77.

  6. adnin pada 26 Feb 2012

    jom ramai2 beli bawak gi pavi
    :D

  7. atok pada 26 Feb 2012

    ;)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader