17Feb

Celcom Menawarkan Samsung Galaxy Tab 7.7 Pada Harga Serendah RM1409

Gajet, Telekomunikasi

Selain daripada DiGi, kini Celcom turut sama telah menambah tablet terkini daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Tab 7.7. Melalui pakej yang ditawarkan oleh Celcom, para pengguna boleh mendapatkan tablet yang berharga RM2099 ini pada harga serendah RM1409 bersama-sama dengan komitmen bulanan bersama Celcom.

Untuk pengetahuan, Galaxy Tab 7.7 merupakan tablet pertama yang didatangkan dengan paparan Super AMOLED Plus, dan menggunakan Android 3.2 Honeycomb padanya. Samsung sebelum ini telah menjanjikan akan memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich padanya, tetapi tarikh pasti untuknya masih tidak diketahui.

Melalui Galaxy Tab 7.7, ia turut membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz, kamera 3-megapixel pada bahagian belakang, dan 2-megapixel pada bahagian hadapan, serta didatangkan bersama storan terbina sebesar 16GB.

Celcom menawarkan peranti tersebut dengan beberapa pilihan pelan, bermula daripada komitmen bulanan serendah RM48, sehinggalah kepada RM98. Para pengguna juga boleh mendapatkannya melalui DiGi pada pelan berbeza, serta terus membelinya tanpa sebarang komitmen terus melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM2099.


Apple Bersetuju Membayar Royalti Kepada Nokia
RIM Bakal Memperkenalkan Aplikasi Edit Video Pada PlayBook
Nokia Malaysia Mengesahkan N8, E6, E7, C7, X7, Dan C6-01 Akan Menerima Belle
Nokia 701 Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1130
Kabel AAG Yang Menghubungkan Malaysia Dan Amerika Syarikat Menghadapi Masalah

13 Komen

  1. ibj7739 pada 17 Feb 2012

    nmpk mcm murah tp tambah2 dkt rm2000 jgakla kena byr dlu…
    baek beli wthout contract…

  2. Dadan pada 17 Feb 2012

    memang murah, barangnya bagus, cuma sayang tidak punya duiiittt….

  3. mujib pada 17 Feb 2012

    oh mennn

  4. IzhamHasan pada 17 Feb 2012

    ohhh..yg ni pon bole call ye.. jadi tab yg bole buat panggilan telefon, tab 7, 7plus dengan yg ni la.. ermm..spec die ni menarik jugak

  5. jess pada 17 Feb 2012

    Pembetulan! RM1409 + RM350 = RM1759

  6. Ali bin sameon pada 17 Feb 2012

    Amaannzz aaa..sila la wat rebiuw 4 this device..

    TQ.

  7. Ahmad Fuad Adzmi pada 17 Feb 2012

    mahalnye

  8. alowr pada 17 Feb 2012

    koyak poket camni =.=

  9. Syukri Lajin pada 18 Feb 2012

    aku tak faham teknik dierang.. mmg membelit habis kot.. tulis murah2.. last bayar mula2 lebih kurang je pun harga ngan beli takder contract..

  10. twenty-six pada 18 Feb 2012

    itulah harga paling ‘rendah’?

    aku kekal dengan SGT 7 versi lama, cuma naik ke OVERCOME 4.10 dah cukup baik tanpa ICS

  11. rajaunta pada 18 Feb 2012

    terbaikkkkkk!

  12. Meleis pada 21 Feb 2012

    Lebih kurang je ngan rege kat kedai.

    Kalo orang yang nak terminate awal tu lagi la sakit, dh jauh lebih mahal dari rege beli kedai jadinya.

  13. hazimmukhtar pada 02 Apr 2012

    fuhhh. susah susah.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader