11Feb

Chrome Versi Pembangun Kini Dikemaskini Kepada Versi 19

Google, Perisian

Setelah pembangunan pelayar web Chromium mencapai versi pembangunan 19, kini Chrome versi pembangunan juga sudah mencapai angka 19, membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu versi Chrome yang bakal diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi.

Sama seperti pada versi Chromium, ia membawakan laman tetapan pelayar web yang diberikan nafas baru, sama seperti diuji beberapa minggu lepas. Ia juga didatangkan bersama-sama dengan enjin JavaScript V8 versi terkini. Beberapa kemaskini grafik juga dibawakan kepada beberapa kad grafik pada sistem operasi Windows.

Bagi mereka yang berminat, para pengguna boleh melanggan Google Chrome versi pembangun untuk Windows, Mac, dan Linux, dan mula menguji pelbagai perkara yang dibawakan bersama dengannya.


PDF Dengan Flash Melalui Acrobat 9
Blogger in Draft Memperkenalkan Fungsi Baru
Google : Fungsi Fade-In Pada Halaman Utama
Angka Muat-Turun Pada BlackBerry AppWorld Melangkaui 1 Billion
Adakah Firefox Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Yang Lebih Minimalis?

12 Komen

  1. Viz pada 12 Feb 2012

    Wow! Menarik.

  2. Dadan pada 12 Feb 2012

    sungguh menarik untuk dicoba

  3. Lia Nadia Qistina pada 12 Feb 2012

    fuhh! Canggih. firefox dan IE9 seakan-akan semakin ketinggalan.

    • amsama pada 12 Feb 2012

      Firefox tak pernah ketinggalan, die hard fans pelayan firefox ni. Haha. IE ada orang guna lagi ke?

    • noob pada 12 Feb 2012

      Firefox okay lagi up to date.. IE jer yg ketinggalan..

      • Lia Nadia Qistina pada 12 Feb 2012

        ..mungkin dengan kemunculan windows 8, IE versi baru akan diperkenalkan.

        • ali mamak pada 12 Feb 2012

          menarik

  4. Haziq pada 12 Feb 2012

    nice,

  5. khai pada 12 Feb 2012

    terbaek lah google chrome….

  6. kai pada 12 Feb 2012

    mesti cuba ni

  7. Izzuddin Jr. pada 12 Feb 2012

    Google Chrome lebih ringan & laju !

  8. fiqueobiey pada 13 Feb 2012

    laju jer dorang update..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader