08Feb

DiGi Menawarkan Nokia Lumia 800 Bermula RM1099

Gajet, Telekomunikasi

Akhirnya, DiGi telah pun mengeluarkan pakej mereka untuk peranti Nokia Lumia 800, membolehkan para pengguna membelinya secara atas talian pada harga RM1099, berbanding harga jualan rasminya di Malaysia pada harga RM1650. Walaubagaimanapun, seperti biasa, para pengguna tertakluk untuk menggunakan rangkaian DiGi bersama-sama dengannya.

Melalui pakej yang dibawakan oleh DiGi, mereka membawakan pilihan DG Smart Plan 48 dan juga DG Smart Plan 68, dengan variasi tempoh kontrak selama 24 bulan dan juga 12 bulan.

Melalui Nokia Lumia 800, ia membawakan skrin sentuh AMOLED ClearBlack seluas 3.7-inci, kamera 8-megapixel, cip pemprosesan 1.4Ghz Qualcomm, dan juga sokongan A-GPS Nokia Drive. Pada masa yang sama, ia dijana menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.5 Mango padanya.

Selain daripada DiGi, peranti tersebut juga bakal dijual Nokia Store seluruh negara bermula daripada hari Jumaat ini, pada harga RM1650.


P1 dan ZTE Bekerjasama Mengembangkan Liputan
Sony Memperkenalkan Telefon Playstation - Xperia Play
TM Dan Maxis Mula Menghalang Akses Ke 10 Web Disenaraikan SKMM
Pandang Pertama Samsung Chronos Siri 7
Nokia Memperkenalkan Kemaskini MeeGo PR 1.2 Untuk Peranti Nokia N9

5 Komen

  1. Dadan pada 08 Feb 2012

    Termasuk di Indonesiakah hari Jumaat tuh..?

    • Aman pada 08 Feb 2012

      di Indonesia akan dilancarkan pada 17 Februari, Jumaat hadapan.
      Nokia Lumia 800 = Rp 5,250,000.
      Nokia Lumia 710 = Rp 2,900,000.

  2. Ahmad Hati pada 08 Feb 2012

    Agak mahal lah

  3. RIS-FAMILI pada 08 Feb 2012

    Harga menarik tapi kena ikat kontrak tu yang tak best.

  4. ezry pada 08 Feb 2012

    yeeaaahhh….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader