12Feb

Facebook Membolehkan Para Pengguna Mencadangkan Info Kepada Facebook Page

Web 2.0

Sama seperti Google, Facebook juga sering menguji pelbagai perkara pada laman sosial terkemuka itu pada sesuatu ketika. Salah satu fungsi baru yang dilihat sedang diuji oleh Facebook pada masa sekarang ini adalah sokongan untuk menghantar dan menyumbang pelbagai info tambahan berkaitan dengan sesuatu halaman oleh para pengguna biasa.

Sehingga kini, Facebook hanya membolehkan para pengguna untuk menghubungi pemilik laman melalui Facebook Message dan sebagainya sekiranya ingin menghubungi pemilik laman tersebut untuk menambah info-info berkaitan dengannya.

Dengan sokongan ini, ia juga sekaligus membolehkan sesuatu laman Facebook itu memaparkan info yang lebih tepat, dan membolehkan pemilik laman Facebook tersebut untuk mengubah info-info pada sesuatu halaman itu dengan lebih tepat lagi mengikut cadangan komuniti.

Buat masa ini, sokongan ini dilihat hanya diuji pada Facebook Page sahaja, dan mungkin ia akan dilanjutkan kepada pelbagai perkara lain pada Facebook tidak lama lagi.

Terima kasih kepada @OmarMahdzan


Cuba Sistem Komen Intense Debate Sekarang
Digg Bakal Memperkenalkan Toolbar Serba Baru
Catcha Media Mengambil-Alih Pegangan Sebanyak 50% Pada Carlist.my
Waze 3.0 Akan Hadir Ke Android Tidak Lama Lagi
Mozilla Marketplace Bakal Dibuka Untuk Pembangun Menghantar Aplikasi Pada Minggu Hadapan

8 Komen

  1. Khairul Kayz pada 12 Feb 2012

    cool…

  2. Mr. Osem pada 12 Feb 2012

    semakin bnyk pembaharuan yang FB lakukan..

  3. Easter pada 12 Feb 2012

    Bagus…..

  4. Dadan pada 12 Feb 2012

    semakin banyak penambahan, semakin ramai pengguna facebook, tentunya…

  5. Mr.Sepet pada 12 Feb 2012

    menarik ..

  6. Masri Amin pada 12 Feb 2012

    menarik….

  7. fezal pada 13 Feb 2012

    menarik

  8. iman bro pada 13 Feb 2012

    mantapppp… info,, dan triknya ..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader