Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Berita berkenaan dengan IPO daripada pihak Facebook hari ini menjadi berita utama seluruh dunia, dimana dengan memfailkan sebagai syarikat awam, beberapa data menarik berkenaan dengan laman sosial terkemuka itu dikongsikan bersama pengguna seluruh dunia.

Laman sosial terkemuka itu, kini mempunyai seramai 845 juta pengguna aktif, yang mana melalui aktiviti harian mereka, menjana lebih daripada 2.7 billion Likes dan komen untuk setiap hari. Melalui Facebook Photos, sebanyak 250 juta gambar dimuat-naik setiap hari, dan sebanyak 100 billion hubungan rakan dan sahabat telah sedia ada dikalangan pengguna tersebut seluruh dunia. Pada bulan Disember yang lepas, mereka mempunyai seramai 483 juta pengguna harian. Dan dari segi pengguna yang mengakses melalui peranti mudah-alih, angka tersebut menunjukkan sekitar 425 juta pengguna aktif bulanan.
Dari segi pendapatan pula, Facebook menjana sebanyak $3.7 billion sepanjang tahun lepas, 2011, dimana $1 billion daripadanya adalah pendapatan bersih. Kebanyakkan pendapatan untuk laman tersebut dijana melalui pengiklanan, iaitu sebanyak 85% daripadanya, manakala 12% daripada permainan Zynga.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
12% drpd game je? wow!
ramai rupanya yg layari iklan fb…
kiranya like yang dikira termasuk like kat blog2 ke atau facebook sahaja….
apsal x leh nak tweet ni.. plik
facebook marah kot tweet.. like je. ahaha
Lebih 90% guna fb mobile tp boleh generate duit byk dari iklan? Fb mobile takde iklan kan? Kalau dia tutup fb mobile dgn apps, keuntungan lagi tinggi kot?
orang nak advertise tu, dah bayar kat facebook. ads keluar atau tak, duit tetap dah dapat.
Abang pernah advertise dkt facebook ke tak ni bang?
Dia bukan caj dulu, dia keluar dulu baru caj. Kalau tak keluar iklan, maknanya pengiklanan tak berkesan. Kalau tak berkesan, org dah takkan pakai lagi dah.
$3.7 billion sepanjang tahun lepas ,
banyak tu . . .
banyak gile kot.. umur 24 dah jadi jutawan.. aku?
kaya2…
gile kaya…
pakcik kayoooooooooo…..
apo akan jadi 10 tahun akan datang dgn Facebook?
adokah macam myspace?
ni jual saham ni..IPO
iklan kat fb tak annoying sangat cam kat sesetengah blog yang kuar pop-up camtu..
mmg champion la!!