Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan beberapa berita berkenaan dengan Firefox 13 kedengaran, kini nampaknya, pembangunan untuk Firefox 10 telah pun berakhir, dan sedia untuk dimuat-turun oleh semua bermula hari ini daripada pelayan rasmi mereka, sekaligus membawakan beberapa penambahan dari segi prestasi dan sebagainya kepada pelayar web versi stabil terbaru dari Mozilla itu.
Firefox 10 akan disokong untuk suatu tempoh yang lama, berbeza dengan versi lain, dan melalui Firefox 10 ia membawakan sokongan kepada semua add-ons , berbeza dengan versi-versi sebelum ini. Pengumuman rasmi berkaitan dengan pelayar web versi ini bakal diumumkan oleh Mozilla dalam waktu terdekat ini.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 10 secara terus daripada pelayan FTP Mozilla, sementara menantikan pengumuman rasmi berkaitan dengannya tidak lama lagi.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Lembab dh firefox skrg..pahal tah..hang je keje..tak produktif..
Pentium 2?
laju ke? aku dengan kwn2 aku je kot dlm dunie ni dpt firefox slow..haha
Aku harap satu je Firefox terbaru nie..cubala cepatkan startup lauch..aku benci betul startup lauch firefox yang sekarang nie…
+1
google chrome jgk yg terbaek…
chrome time bukak je laju,time nak ‘search’,slow giler..
Kalo betul support semua add-ons, baguih la. Aku still bertahan guna firefox coz add-ons jek TAPI stuck kat FF8. Some add-ons yang penting aku guna tak support kat FF9
aku lebih suke rockmelt. kewl…
I guna Chrome dan Opera saje..