Cari @ Amanz

Walaupun Samsung sering mengeluarkan pelbagai peranti Android baru hampir setiap bulan, satu-satunya peranti yang dinantikan ramai adalah kemaskini kepada Galaxy S2, iaitu Samsung Galaxy S3. Selepas sebelum ini diperkatakan ianya tidak akan diperlihatkan pada Mobile World Congress yang dinantikan, kini beberapa informasi berkaitan dengan peranti tersebut kelihatan.

Ia dilaporkan, Galaxy S3 bakal membawakan cip pemprosesan empat-teras, dan bakal menjadi salah satu telefon pintar ternipis, iaitu hanya membawakan ketebalan sebanyak 7 mm sahaja. Menurut sumber yang sama, peranti tersebut bakal dilancarkan pada bulan Mei 2012 kelak.

Galaxy S3 juga turut dilaporkan akan membawakan kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan membawakan skrin sentuh Super AMOLED Plus (HD?). Dan seperti semua sedia maklum ia bakal dijana menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd