01Feb

Gambar Pertama Peranti BlackBerry 10 Mula Kelihatan Di Arena Internet

Gajet

Tahun 2012 adalah salah satu tahun utama untuk Research In Motion, dimana mereka perlu membuktikan diri mereka kembali dalam arena industri telefon pintar. Dan untuk menjayakannya, BlackBerry 10 diberikan fokus utama. Selepas beberapa jadual pembangunan mula tersebar, kini imej pertama peranti BlackBerry 10 telah pun mula keihatan, iaitu BlackBerry London.

Sebelum ini, pada tahun lepas, rekabentuk BlackBerry London telah pun mula kelihatan. Namun, ia lebih kepada rekabentuk berbentuk Porsche yang diperkenalkan pada beberapa keluarga peranti BlackBerry. Namun, melalui gambar terkini yang kelihatan, ia memperlihatkan rekabentuk berwarna hitam, yang lebih kurang menyerupai kepada BlackBerry PlayBook.

Ia turut diperkatakan, yang mana peranti ini akan membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, dan menjadi antara peranti pertama menggunakan BlackBerry 10. Tarikh pelancaran pasti masih lagi tidak diketahui buat masa ini.


iPhone 4G Akan Muncul Pertengahan Tahun Ini
Nokia Mungkin Umumkan Sokongan Windows Phone?
HTC Edge - Telefon Pintar Pertama Dengan Cip Empat Teras Daripada HTC?
Samsung Menambah Ahli Keluarga Galaxy Tab 2 Dengan Variasi Skrin Bersaiz 10.1-inci
Pelancaran Samsung Galaxy S3 Pada 3 Mei

35 Komen

  1. Muna Munie pada 01 Feb 2012

    Cantiklah. dah ada kat Malaysia tak?hee..

  2. Azmir pada 01 Feb 2012

    cool

  3. atok pada 01 Feb 2012

    wah!! menarik la.. :)

  4. Harsh pada 01 Feb 2012

    akhirnya rekaan yg baru daripada blackberry
    diorg pon da tau kena berubah untuk kejar balik OEM lain dalam arena smartphone

  5. yusnizam pada 01 Feb 2012

    design yang boleh cari makan la ni. dah xde idea

  6. yusnizam pada 01 Feb 2012

    So they update their designs, people shout “give us the old design”,
    but if stay on the same designs people go like : “Typical old blackberry design, boring stuff”

    • amer pada 01 Feb 2012

      ntah. org x main dh qwerty keypad nih

      • Gagger pada 01 Feb 2012

        then? orang sekarang main keyboard layout mcm mane jugak?
        Dvorak? SDDvorak? Colemak? Workman? Maltron?
        rase nye kau sendiri tak pernah dgr kan selain dr qwerty.

        • slee pada 01 Feb 2012

          die msh guna 3310 kot..sb tu xde qwerty kihkih

        • Syukri Lajin pada 02 Feb 2012

          sejak bila phone touchscreen ko pakai qwerty KEYPAD?

      • cam pada 02 Feb 2012

        mksud mmat nih….physical qwerty keyboard org dh xpkai dh

    • ibnumalik pada 02 Feb 2012

      aku lagi suka fizikal keypad qwerty. atas orang

  7. Juan pada 01 Feb 2012

    cantik gak

  8. SafwanShari pada 01 Feb 2012

    Sebijik macam Motorola Droid X.

    • Meleis pada 07 Feb 2012

      sebijik macam sabun buku dalam bilik air aku

  9. Lia Nadia Qistina pada 01 Feb 2012

    nampaknya sejak diterajiu CEO baru, RIM BlackBerry kini semakin berdaya saing. Dengar cerita, peranti tablet mereka akan dikemaskini dan diperkenalkan dengan versi terbaru. Entahkan betul, entahkan tidak. Just wet and sea..eh.. silap .. wait and see!

  10. zul pada 01 Feb 2012

    perghh hebat…

  11. Izzuddin Jr. pada 01 Feb 2012

    smart jugak blackberry nie ,
    timbul niat nak beli plk .

  12. Gagger pada 01 Feb 2012

    y u so thin!
    y u no cheap!

  13. Fikri Adhiey pada 01 Feb 2012

    sayangnya mahal… sbb tu lah org prefer android. hehe

  14. Arrul pada 01 Feb 2012

    bagus! BB akhirnya nk kuar touchscreen….aq mmg xske fon2 yg de qwertyuiop mcm bb bold ke..ahaha..ape tah lgi berslide…

  15. lieeexpArc_s pada 01 Feb 2012

    Xperia ARC_s tetap no1

  16. Easter pada 01 Feb 2012

    Cantik… Harga?

  17. Sutramaya pada 01 Feb 2012

    First phone to be featured BB10 tapi nak tunggu QWERTY BB10, touch screen ni cek kuranggg sket LOL!

  18. Ahmad Fuad Adzmi pada 02 Feb 2012

    ini baru betul

  19. Jibam pada 02 Feb 2012

    Ini BlackBerry “Superphone” bukan smartphone. Itu yang di war-war kan. Untuk kegunaan koperat atau komercial. kalau setakat nak smartphone tak payah tunggu yg ni..sambar je samsung galaxy xyz…

    • MindaMalay pada 02 Feb 2012

      superphone… leh terbang kemana-mana sahaja dengan cara membalingkannya…

  20. kaihnsn pada 02 Feb 2012

    kalau 9700 aku hangkang aku cari biri2 qwerty jugak. aku surfing guna ipad je. menaip touch screen tak best.

  21. Ekspresi Ruang pada 02 Feb 2012

    still prefer ada keyboard mcm Bold 5 skg ni

  22. Jomtonton pada 04 Feb 2012

    Cepat bebenor teknologinya.. Dah 10..

  23. abibah pada 05 Feb 2012

    tak sabar, skrg dah pakai OS7.. boleh rembat satu nih!

  24. Azmir pada 05 Feb 2012

    aik… laju giler mana yang 8 dan 9??????

    apapun desingn dia memang TERBAIK

  25. Picco pada 09 Feb 2012

    still need qwerty ….
    blackberry famous because of qwerty :P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader