25Feb

Google Bakal Memperkenalkan Sokongan Gerak Isyarat Untuk Membuat Carian

Google

Pada peranti dengan skrin sentuh, ia agak sukar untuk anda membuat carian ketika melayari sesuatu halaman, dimana perlu menyalin-dan-tampal sesuatu kata kunci itu terlebih dahulu pada kotak carian, sebelum dapat membuat carian berkenaannya. Untuk mengatasi perkara ini, kini Google hadir dengan paten baru melalui sokongan gerak isyarat.

Melalui beberapa gambaran yang diperlihatkan oleh PatentlyApple, gerak-isyarat tersebut menggunakan huruf “g”, dimana para pengguna hanya perlu menandakan kata kunci yang mereka inginkan dengan gerak isyarat berbentuk “g” dalam bentuk bulatan, dan carian akan dilakukan secara automatik.

Beberapa huruf tambahan juga akan diperkenalkan oleh Google sebagai alternatif lain. Walaupun Google telah memfailkan hak cipta dan paten untuk menggunakannya, ia masih tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan dan diintegrasikan pada Android. Mungkinkah melalui Jelly Bean kelak?


Fungsi Menterjemaah Laman Web Pada Google Reader
Kini, Lebih 29 Tema Chrome Disediakan Oleh Google
GDrive - Google Berikan 1Gb Melalui Google Docs
Google TV Bakal Muncul Bulan Ini
Google Street View Dibuka Di Malaysia Pada Pertengahan Tahun Pertama 2012

15 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 25 Feb 2012

    Macam bodoh2 sikit x paham benda ni.. tapi nampak macam stylo..

  2. Dadan pada 25 Feb 2012

    agaknya saya juga belum faham nih

  3. wan pada 25 Feb 2012

    Macam-macam cara ada ek.. tapi bleh pening jugak tu…

  4. Aikhil pada 25 Feb 2012

    Kalau bulatkn sj kan senang.. “g” tu buang je cik google.. hehee.. rasanya xde org yg guna touchscreen ni buat bntuk bulat atas screen tu..

  5. Gagger pada 25 Feb 2012

    Gesture search?

  6. Aneh&Gorila pada 25 Feb 2012

    Teringat Google Aprilfool 2011. haha. Gogle Motion. :)

    • suzi pada 25 Feb 2012

      +1

  7. nazmi pada 25 Feb 2012

    aq x paham ar….

  8. Izham pada 25 Feb 2012

    lama lama biasa la ni

  9. hehe pada 25 Feb 2012

    gesture kedua tu, erm (“,)

  10. Syafiq Лomoтехн pada 25 Feb 2012

    errata: perenggan 3, baris 1.
    oleh Google sebagai alternaitf lain
    str_replace(“alternaitf”,”alternatif”, “oleh Google sebagai alternaitf lain”)

    khidmat ini adalah percuma. tiada fan ‘chrome tetap dihati’ terlibat

    • Syafiq Лomoтехн pada 25 Feb 2012

      aku berminat dengan
      412A, 512A, 512B = adakah itu betul betul bulatan? gila ah! macam mana nak buat tu
      p.s aku tak rasa phone aku cukup besar untuk nak bulatkan content tu secara tepat.

      mungkin tablet boleh.

  11. RIS-FAMILI pada 25 Feb 2012

    Kena beli skrinsentuh dulu baru leh paham.

  12. hazari pada 25 Feb 2012

    teringat kat Gmail motion – april fool oleh google, tak ingat tahun yang mana..

  13. denz pada 26 Feb 2012

    kalu guna dolphin browser..ade function lebih kurang mcm ni…u forward..back dsb..xtau kalu browser lain boleh gak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader