09Feb

Google Drive Semakin Menghampiri Pelancarannya?

Google

Ura-ura berkenaan dengan Google Drive sudah pun kedengaran untuk beberapa tahun, dimana masih lagi tidak diketahui sehingga kini, dan terkini, Wall Street Journal melaporkan yang mana Google bakal melancarkan perkhidmatan awan mereka tersendiri, iaitu Google Drive yang bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, sekaligus membolehkan ianya bersaing dengan perkhidmatan storan atas talian yang lain di pasaran.

Ia dilaporkan yang mana perkhidmatan tersebut kelak akan beroperasi seumpama sama dengan Dropbox, membolehkan para pengguna memuat-naik dan mengakses data daripada pelbagai jenis platform dan peranti. Ia juga akan memudahkan para pengguna menyimpan fail-fail seperti gambar, dokumen, video dan sebagainya.

Sama seperti perkhidmatan Google yang lain, ia turut sama akan ditawarkan secara percuma, dan bagi mereka yang inginkan ruangan storan lebih, boleh membeli pakej berbayar yang akan didatangkan bersamanya. Memandangkan Google sedia mempunyai infrastruktur mereka di seluruh dunia, maka perkhidmatan daripada Google ini mungkin lebih murah berbanding yang lain.

Jadi, sekiranya Google melancarkan Google Drive, adakah para pengguna Dropbox, Skydrive mahupun iCloud, beralih kepada apa yang ditawarkan Google?


Tonton Video Secara Terus Dalam GMail Chat
Lebih 3 Juta Pengguna Aktif Google Latitude
Google Kini Membolehkan Pengguna Berumur 13 Tahun Dan Ke Atas Menyertai Google+
Google Bakal Melancarkan Platform Komen Mereka Tersendiri?
Gambar Prototaip Telefon Pintar Android Pertama Diperlihatkan

14 Komen

  1. Dadan pada 09 Feb 2012

    berita bagus nih, ok saya tunggu peluncurannya…

  2. kai pada 09 Feb 2012

    best

  3. Ahmad Fikrizaman pada 09 Feb 2012

    Bagus.. memang suka pakai servis google.. sampai sekarang, g+ ja yg x minat pun.. harap2 saiz dia lebih dari dropbox dan ubuntuone..

  4. EddyGeek pada 09 Feb 2012

    kalau feature sebijik dan lebih baik dari dropbox + kapasiti yang lebih besar.. memang akan berpindah.
    teruja dengan fungsi sync dropbox kat pc. just masukkan fail dlm folder public, auto upload dan terus dapat copy link untuk dikongsi bersama rakan.

  5. Ahmad Fuad Adzmi pada 09 Feb 2012

    x sabar kot ni,

  6. Masri Amin pada 09 Feb 2012

    can’t wait la…

  7. van der Rui pada 09 Feb 2012

    Aku baru tau yang 4shared pun dah ada fungsi sync. Terus dapat 10GB lagi. Tapi entah macam mana… hati masih melekat dengan Dropbox. ;-)

  8. hakemz pada 09 Feb 2012

    Tengokla dulu macamana Google Drive nie…rasa-rasanya aku berpindah kot..hahahaha…

  9. DKMY pada 09 Feb 2012

    xnak pindah.. nak pakai semua.. #tamak

  10. Aneh&Gorila pada 09 Feb 2012

    Yang aku download google drive sejak 2009 tu ape? bukan dah lama ke?

    • Aneh&Gorila pada 09 Feb 2012

      Haha. silap2 itu gmail drive. :)

  11. Alan pada 09 Feb 2012

    Tak sabar nak tunggu !

  12. RIS-FAMILI pada 10 Feb 2012

    Akan pastikan antara pengguna awal google drive. Hahaha


Trackbacks/Pingbacks

  1. Dapatkan Online Storage Percuma Ja Dengan Android | MazaDamha.Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader