17Feb

Google Ingin Menjana Dan Menyimpan Kata Laluan Anda Melalui Chrome

Google, Perisian

Google Chrome merupakan salah satu pelayar web yang semakin meningkat popular dari hari ke hari. Selain daripada pengurus kata laluan yang terbina pada pelayar web tersebut, kini Google juga dalam perancangan untuk menjana dan menyimpan kata laluan anda secara rawak, sekaligus memperkatakan akan meningkatkan keselamatan setiap akaun anda.

Perkara ini adalah kerana Google tidak ingin para pengguna menjadi mangsa kepada laman-laman phsishing. Kebanyakkannya jatuh dalam perangkap phishing adalah kerana para pengguna sendiri mengingati kata laluan, dan perkara ini ingin diatasi oleh Google dengan mereka menyimpan kata laluan rawak yang sukar diingati.

Walaubagaimanapun, pelayar web tersebut sendiri akan menyertakan kata laluan tersebut ketika mereka menggunakannya pada laman yang betul, termasuk memasukkan kata laluan dalam kotak log masuk, serta ketika ingin mengubah kata laluan dan sebagainya. Sebuah halaman khas untuk pengurusan kata laluan juga akan diperkenalkan oleh mereka.

Fungsi ini masih pada peringkat draft, dan tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan pada pelayar web mereka.


AVG 9.0 Kini Lebih Pantas Dan Menjimatkan Memori
IE9 Preview Sedia Di Muat-Turun Oleh Pembangun
Aplikasi iman Untuk iOS Dilancarkan Dengan Sokongan Waktu Solat, Kompas Dan Banyak Lagi
Google Memperlihatkan Pautan Google Play Pada Bar Navigasi Utama
Aplikasi Currents Untuk iOS Kini Didatangkan Dengan Sokongan Paparan Retina

13 Komen

  1. deleted pada 17 Feb 2012

    wow! nice move on internet security!

  2. Dadan pada 17 Feb 2012

    kalau begini internetan akan lebih aman….

  3. alifmazari pada 17 Feb 2012

    Aku rasa perkataan ‘rawak’ tak berapa tepat,. Kalau maksud asal ‘scramble’, adalah lebih tepat lagi diganti dengan perkataan ‘dadar’. Macam telur dadar. Hahahaha!

    • hehe pada 18 Feb 2012

      hahahaha. bagus2.
      tolong translatekan motor scrambler pula.

  4. Fikri pada 17 Feb 2012

    slowpoke

    • Syafiq Лomoтехн pada 17 Feb 2012

      emm kenapa slowpoke? ada browser yang dah buat ke?

    • paeh pada 18 Feb 2012

      slowpoke apakah.

      mungkin maksud kau dah ada browser boleh buat fungsi seumpama ini. aku rasa maksud kau fungsi password manager.

      ye. firefox dan opera ada add on password manager. meyimpan password pada add on setelah dipasang.

      tapi fungsi create password secara rawak setiap kali kita nak login ini aku baru nampak.

      • EddyGeek pada 18 Feb 2012

        lastpass – chrome / firefox / opera.. boleh generate password. tapi baguslah ada built-in kan.

  5. Syafiq Лomoтехн pada 17 Feb 2012

    walaupun ada yang kata slowpoke (aku tak pasti sebab apa)
    aku kata ini satu fungsi yang power. lagi2 daripada google. tapi ada bimbangnya.

    1. sebab google ada sync with account
    so daripada situ, setiap password yang disimpan dalam akaun akan boleh di retrive pada laptop/komputer lain yang ada akaun yang sama. kalau terbocor password akaun kepada orang lain, maka setiap password untuk site2 lain juga akan diketahui.

    tapi boleh dicounter apabila diseragamkan teknik ‘telur dadar’ ini,

    2. password adalah rawak. maka kebarangkalian untuk dicuri password adalah rendah kerana hanya site yang betul akan keluar password tersebut. pishing site akan gagal.

    tapi dari amatan aku hanya http sahaja. https mungkin tak.

    p.s rasanya mahu tulis panjang lagi tapi ni bukan blog aku kehkeh

  6. RIS-FAMILI pada 18 Feb 2012

    Selamat ke kalau diorg simpan kata laluan ni. Nanti ada org pecah masuk storan tu dan salahguna kata laluan kita.

  7. hehe pada 18 Feb 2012

    fungsi ni boleh jadi selamat kalau Google Chrome menyertakan auto-logoff pada fungsi Sync.

  8. Tarmizi Kamaruddin pada 18 Feb 2012

    Google nak lawan teknologi BrowserID yang dikemukakan oleh Mozilla Firefox…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader