READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Google Membawakan Fungsi Seumpama FourSquare Pada Latitude

Diterbitkan pada February 20, 2012 oleh

Perkhidmatan Google Latitude yang diperkenalkan pada Google Maps, sedia membawakan beberapa fungsi sosial padanya. Dan kini, nampaknya, Google terus menambah beberapa fungsi sosial padanya, membolehkan para pengguna mendaftar-masuk ke sesuatu lokasi, dan mendapatkan markah untuknya, disamping berlumba dengan rakan-rakan lain dalam pengumpulan markah.

Bagi yang sedia menggunakan aplikasi seumpama FourSquare, perkara ini mungkinlah bukan sesuatu yang baru untuk anda. Fungsi ini didatangkan bersama-sama kemaskini baru pada aplikasi Google Maps untuk Android, dan bukan semua pengguna yang dapat melihatnya buat masa ini.

Mungkin ianya masih lagi pada peringkat eksperimental oleh Google, dan ia mungkin akan diumumkan secara rasminya oleh Google dalam masa terdekat ini kelak.

Terdapat 4 komen
  1. Google: Trying hard to copy others product, and keep failing.

Komen

Nama
Web