Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha membawakan perkhidmatan berasaskan negara, selain daripada YouTube, perkara sama juga mula kelihatan untuk perkhidmatan blog percuma daripada Google, iaitu Blogspot. Namun, seperti biasa, kedua-dua perkhidmatan ini masih belum diaktifkan untuk para pengguna tempatan lagi buat masa ini.
Ia dilaporkan yang mana para pengguna di India kini akan dibawa terus ke alamat BlogSpot.IN apabila melayari laman-laman yang menggunakan BlogSpot.com daripada negara tersebut. Namun, penggunaan nama subdomain adalah masih kekal sama, tanpa sebarang perubahan. Ini mungkin salah satu usaha untuk memperkenalkan kandungan dengan lebih pantas kepada pengguna tempatan mereka. Sebagai contoh, BlogSerius (salah satu laman popular tempatan), boleh diakses melalui BlogSerius.blogspot.com dan juga BlogSerius.blogspot.in.
Namun, masih tiada sokongan tersebut untuk domain tempatan, iaitu COM.MY. Nama domain Blogspot.MY sendiri dipegang oleh pengguna lain, berbeza dengan YouTube.COM.MY yang telah diambil-alih oleh Google. Mungkin kita akan dapat melihat laman YouTube Malaysia dilancarkan tidak lama lagi dengan fokus tempatan, dan masih terdapat beberapa kemungkinan untuk laman BlogSpot turut menerima ciri-ciri serupa.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tunggu dan lihat aje..
bile agaknye 2
this content cannot be view by your country <– makin mudah la dia nak buat benda ni. bukan by viewer, tapi by admin punya negara. gitu ke?
aku teke je.
Tahun baru, cara baru..
adakah ini benda yg bagus?
Haha laju je siapa yg grab blogspot.my tu
bagus la klu makin laju
Siapalah owner blogspot.my tue…
Memang akan hot la.. jika harga yang ditawarkan tinggi
Tak semestinya. Google boleh request untuk transfer for free je kalau masuk trademark dispute.
last2 owner kena saman guna nama blogspot.. haha
Saya punya blog pun boleh
http://tallboyz.blogspot.in Hahhaha!
blogspot.my dan blogspot.com.my dua-dua dah taken oleh orang yang sama.
acane, nampaknye takde la untuk malaysia ataupun owner skrg ni akan jadi jutawan. HaHaHa.
cara sng nk block iklan kat blog, tukar je jadi blogspot.in. nanti nampak die tulis ‘invalid domain’. haha