02Feb

HotFile Mengemaskini Polisi – Tiada Lagi Bayaran Komisyen Berdasarkan Angka Muat-Turun

Web 2.0

Dunia perkongsian fail terus mendapat perhatian ramai, apabila terkini, laman perkongsian HotFile turut sama membuat beberapa perubahan polisi pada laman perkongsian mereka, dengan tidak lagi menawarkan sebarang bayaran berdasarkan muat-turun fail seperti sebelum ini, dan hanya memfokuskan kepada pembayaran komisyen berdasarkan jualan akaun berbayar sahaja.

Sebelum ini, mereka menawarkan bayaran komisyen berdasarkan kepada angka muat-turun yang dilakukan terhadap fail yang dimuat-naik oleh seseorang itu. Namun, dengan apa yang ditimpa oleh MegaUpload, dimana konsep yang lebih kurang sama diperkatakan sebagai mengalakkan perkongsian fail berhak-cipta, sekaligus menutup laman perkongsian MegaUpload.

Dan untuk melindungi setiap laman perkongsian, sebelum ini FileSonic, FileServe dan beberapa lagi menutup sokongan perkongsian fail pada perkhidmatan mereka.

Pada masa yang sama HotFile turut sama mengatakan mereka telah mengemaskini teknologi untuk perkhidmatan mereka, membolehkan sistem daripada mengenal pasti fail-fail berhak-cipta dengan lebih efisyen lagi, dan mengelak daripada ianya dimuat-naik pada laman mereka.

Terima kasih @JakiMedia.


Muxlim Pal - Dunia Maya Bercirikan Islam
Antaramuka Pertama Diaspora Di Perlihatkan
MosFront Bakal Membawakan Diskaun Untuk Dekorasi Dalaman
Pengguna Facebook Di Malaysia Melangkaui Angka 12 Juta Orang
Joomla 2.5 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

13 Komen

  1. Masri Amin pada 02 Feb 2012

    ek?

  2. ali mamak pada 02 Feb 2012

    x bagus la kalo macam ni

  3. nur pada 02 Feb 2012

    mcm youtube buat, kalau video ada lagu yg dia claim, nnti dia matikan bunyi tu

    • hehe pada 02 Feb 2012

      ping

  4. khai pada 02 Feb 2012

    asal x senasib dgn megaupload sudeyhh…

  5. ezry pada 02 Feb 2012

    oh mediafire…

  6. kai pada 02 Feb 2012

    internet hanya untuk main fb je nanti

  7. syafieq pada 02 Feb 2012

    Aman. Fileserve dapat pakai balik. Utk free user mcm aku,xde captcha n waiting time dah :D

  8. fiqueobiey pada 02 Feb 2012

    r.i.p megaupload..hrp2 hotfile ngn mediafire xsnasib ngn megaupload

  9. Alan pada 02 Feb 2012

    Tak masyuk lah sebab komisyen kurang.
    HAHA
    :D

    • azwan11 pada 02 Feb 2012

      +1

  10. Ahmad Hati pada 02 Feb 2012

    Nasib baik takde hot file account

  11. Ikhwan pada 05 Feb 2012

    Selain HotFile rasanya banyak juga website lain yang tidak lagi menawarkan komisyen..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader