27Feb

HTC Memperkenalkan Tiga Ahli Keluarga Baru Untuk HTC One

Gajet

Seperti mana yang tersebar di arena internet sebelum ini, hari ini, pihak HTC secara rasminya melancarkan HTC One X yang membawakan cip pemprosesan empat teras NVIDIA Tegra 3 1.5GHz padanya, bersama-sama dengan skrin Super LCD2 seluas 4.7-inci. Peranti dengan HTC Sense 4.0 dijangka akan ke pasaran global sekitar bulan April ini.


Keluarga HTC One [via]

Selain daripada itu, HTC One X juga turut sama didatangkan dengan kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video HD 1080p, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan juga bateri berkapasiti 1,800 mAh. Ia turut sama didatangkan dengan storan percuma sebanyak 25GB hasil kerjasama bersama pihak Dropbox, selain storan terbina sebanyak 32GB.

Bersama-sama dengan HTC One X, pihak HTC turut sama melancarkan HTC One V dan juga HTC One S, dengan spesifikasi sedikit rendah. Namun kesemuanya membawakan rekabentuk eksklusif, dengan kamera yang baik melalui sokongan ImageSense dan juga audio melalui integrasi Beats.

Kesemua peranti ini bakal menemui pengguna global bermula daripada bulan April ini kelak.


Nokia N9 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan - 13 September
Dwi-SIM? Peranti Dengan Enam "Sistem Operasi" Terbina Diperlihatkan
Galaxy S3 Akan Membawakan Rekabentuk Yang Amat Nipis - Akan Datang Bulan Mei?
DiGi Menawarkan Galaxy Tab 7.7 Bermula Daripada RM1549
Discovery Channel Dan HP Bekerjasama - Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik kepada Pengguna

11 Komen

  1. idd pada 27 Feb 2012

    Agaknya di Malaysia sampai bulan berapa?

  2. syaz pada 27 Feb 2012

    Aku rasa htc ni ada sorang je designer yg patutnya dah pencen lama dulu. Dia ni probably work full time for samsung n masa lapang dia ‘design’ for htc plak. Nice phones, spoiled by the design.

    • lutfihambali pada 27 Feb 2012

      +1. aku rasa gitu gak. design semua sebijik je, modify bezel sikit2.

      • Berak Unggul pada 28 Feb 2012

        -1

        Nak design camne lagi, nak buat bentuk love love lak ke?

        Buat phone ni bukan nye mcm buat kuih raya ye cik kiah.

  3. zerous pada 27 Feb 2012

    ICS kah?

  4. Dadan pada 27 Feb 2012

    masih lama.. :(

  5. haziqfathihin pada 27 Feb 2012

    htc dh mula bangkit sebagai pengeluat smartphone…terbaik!

  6. isk pada 27 Feb 2012

    dh pakai dan sedang pakai HTC. memang BEST…….!

  7. Fikri Adhey pada 27 Feb 2012

    nk muntah tgk design… hodoh

    • Berak Unggul pada 28 Feb 2012

      hodoh macam ente?

  8. idd pada 28 Feb 2012

    you can now pre-order all three handsets from Expansys.

    HTC One X – £499.99 ($790 USD)
    HTC One S – £414.99 ($664 USD)
    HTC One V – £249.99 ($394 USD)

    Di Malaysia sure mahal nie


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader