26Feb

Huawei Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Paling Pantas Di Dunia?

Gajet

Huawei bakal mengadakan sidang media mereka pada MWC 2012 dalam beberapa jam sahaja lagi. Namun, lebih awal daripada itu, kini peranti yang bakal dilancarkan oleh Huawei telah pun mula kelihatan, serta menyaksikan ianya akan membawakan cip pemprosesan empat teras bersamanya, serta menggunakan slogan sebagai telefon pintar terpantas di dunia setakat ini.

Peranti yang menggunakan nama Huawei Ascend Dquad ini bakal menyertakan cip pemprosesan empat-teras Tegra 3 bersama-sama dengan beberapa peranti lain yang turut akan ditayangkan pada MWC kelak. Namun apa yang menariknya adalah, sehingga kini Huawei telah pun memperkenalkan peranti-peranti mereka pada harga yang amat mampu milik, dan dengan peranti empat-teras daripada mereka, harga peranti tersebut turut dinantikan ramai.

Selain daripada cip pemprosesan, daripada gambaran yang diperlihatkan, ia seperti membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich bersama-sama dengannya. Mungkin lebih banyak info berkaitan dengannya akan diketahui dalam masa beberapa jam sahaja lagi.


Google Phone Di Pasaran US Awal Tahun 2010
Aplikasi Android Oh!MediaFM Kini Dalam Pembangunan
Peranti Pertama Android Ice Cream Sandwich Seawal Bulan Oktober Ini?
Permainan Tempatan - Where's My Chicken Dimuat-Turun lebih 50,000 Kali
Galaxy S3 Berharga Dalam Lingkungan RM2k Di Malaysia?

4 Komen

  1. Dadan pada 26 Feb 2012

    Huawei akan menjadi pesaing yang tangguh…

  2. hanafi bhari pada 26 Feb 2012

    osemm lahh siot !

  3. malayz pada 26 Feb 2012

    giler gempaq sehh!!mmg terbaek

  4. kaihnsn pada 27 Feb 2012

    HUAWEI perlu tewaskan samsung baru la boleh duduk bawah sikit dari EPAL. kalau dengan samsung tak boleh makan jangan mimpi mau lawan sama EPAL ye.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader