21Feb

ILuvIslam.com Memfokuskan Kandungan Digital – Menceburi Dunia Animasi 3D

Multimedia Kreatif, Web 2.0

ILuvIslam merupakan salah satu jenama internet yang tidak asing dikalangan pengguna tempatan. Selain mendahului dalam pelbagai bentuk media, iaitu dalam bentuk web, radio dan juga media cetak, kini mereka juga menceburi bidang animasi 3D, sekaligus melangkah setapak lagi kehadapan dalam industri digital.

Melalui kemaskini status mereka pada Facebook, pihak ILuvIslam mengatakan yang mana ianya merupakan video animasi pertama. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak animasi pendek yang lain dihasilkan. Ia dihasilkan dengan kerjasama pihak OrionDigitalStudios, salah satu syarikat animasi tempatan.

Dan seperti tema umum pada ILuvIslam, animasi mereka juga dijangka akan meliputi topik-topik seperti motivasi, nasihat dan juga kehidupan, membolehkan ramai pengguna memahami sesuatu topik yang dibincangkan dengan lebih interaktif lagi.

Pada masa yang sama juga, pihak ILuvIslam turut bergiat-aktif akhir-akhir ini, dimana selain beberapa acara yang dijayakan oleh mereka, mereka juga memperkembangkan kumpulan penulis mereka, sekaligus memberikan perhatian serius kepada perkembangan kandungan digital yang kian popular.


Wolfram Alpha - Enjin Carian Matematik dan Sains
CIMB Memperkenalkan Aplikasi Untuk Pengguna Android
MySeni - Laman Rujukan Pencinta Teater, Seni Dan Budaya
Twitter Untuk BlackBerry 2.1 Bakal Menyertakan Sokongan Multi-Akaun
7digital Memperluaskan Perkhidmatan Tawaran Muzik Digital Ke Malaysia

14 Komen

  1. eSafarEE pada 21 Feb 2012

    permulaan yg baik…tahniah iluvislam

  2. Juan pada 21 Feb 2012

    aku memang sokong i luv islam

  3. Dadan pada 21 Feb 2012

    saya dukung iluvislam..

  4. Alan pada 21 Feb 2012

    saya sayang iluvislam.com :)

  5. razfira pada 21 Feb 2012

    wahhhh.. sebagai salah seorang yang pernah bekerja dengan ILI, rasa bangga dan kagum. Semoga ILI terus maju dan berkembang :)

  6. kai pada 21 Feb 2012

    terbaekla..

  7. Kodet Froyo pada 21 Feb 2012

    Baguslah … sama2 kita sokong

  8. kartikel.com pada 21 Feb 2012

    woot, ILI terbaik

  9. sam pada 21 Feb 2012

    La…3 3 org semeja rupa rupanye..

  10. malayz pada 21 Feb 2012

    iluvislam…mmg terbaek!!sy mesti pilih…^^

  11. aeyie® pada 22 Feb 2012

    + credit to Amanz, keep in touch always with our latest tech with Amanz..

  12. rajaunta pada 22 Feb 2012

    i luv islam!

  13. leena pada 29 Feb 2012

    saya sokong!!

  14. hazimav7x pada 11 Apr 2012

    iluvislam :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader