Dengan pelancaran iPad 3 yang disasarkan dan diperkatakan ramai akan diadakan pada 7 Mac kelak, kini informasi baru muncul, memperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan iOS 5.1 pada 9 Mac kelak, dua hari selepas iPad dilancarkan. Seperti semua sedia maklum, versi pembangunan iOS 5.1 sudah pun kelihatan, yang mana dijangka akan didatangkan bersama-sama dengan iPad 3 kelak.

Buat masa ini, senarai fungsi penuh pada iOS 5.1 masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, melalui paparan iOS 5.1 GM yang mula tersebar, ia memperlihatkan butang kamera pada skrin kunci iOS, serta didatangkan dengan sokongan Siri dalam bahasa Jepun.
iPad 3 kelak akan menjadi peranti kedua yang dilancarkan dan diumumkan oleh Tim Cook. Sama-sama kita nantikan apa yang bakal dilancarkan bersama iPad 3 dan juga iOS 5.1 kelak.
terbaek la apple…
bro amanz, ada gambaran awal x untuk iPad 3 nih??
kapan ya saya punya iPad, cuma dalam mimpi saja…
apsal la Apple xsetelkan OS Lion X yg bermasalah byk tu dulu….
Apple ada byk department. Hardware, OSX, iOS, etc. Masing2 ada tugas. masing2 buat improvement. iOS dah nak upgrade, bukan bermakna team OSX tidak buat penambahbaikan..
Grr… tak dapat dah nk guna IOS sejak iPod aku rosak.
Pergh, beberapa hari jer lagi ni ha..
Mountain lion tu adalh penambahbaikan lion..mcm leopard ngan snow leopard dulu..
wohooo!
iOS adalah perisian untuk pc atau tablet atau smartphone?….