Cari @ Amanz

Dengan pelancaran iPad 3 yang disasarkan dan diperkatakan ramai akan diadakan pada 7 Mac kelak, kini informasi baru muncul, memperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan iOS 5.1 pada 9 Mac kelak, dua hari selepas iPad dilancarkan. Seperti semua sedia maklum, versi pembangunan iOS 5.1 sudah pun kelihatan, yang mana dijangka akan didatangkan bersama-sama dengan iPad 3 kelak.

Buat masa ini, senarai fungsi penuh pada iOS 5.1 masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, melalui paparan iOS 5.1 GM yang mula tersebar, ia memperlihatkan butang kamera pada skrin kunci iOS, serta didatangkan dengan sokongan Siri dalam bahasa Jepun.

iPad 3 kelak akan menjadi peranti kedua yang dilancarkan dan diumumkan oleh Tim Cook. Sama-sama kita nantikan apa yang bakal dilancarkan bersama iPad 3 dan juga iOS 5.1 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd