12Feb

JavaScript Akan Datang Bakal Dikenali Sebagai Harmony

Lain-lain, Web 2.0

Teknologi bergerak dengan amat pantas, dan begitu juga dengan pelbagai perkara yang menyokongnya, termasuk bahasa pengaturcaraan dan sebagainya. Hari ini, ia diketahui yang mana pihak komiti ECMA sedang membangunkan JavaScript generasi berikutnya, yang mana dikenali sebagai Harmony, dan bakal diperkenalkan secara rasmi pada penghujun tahun ini, sekaligus membawakan pelbagai kemaskini kepada bahasa pengaturcaraan tersebut.

Beberapa perkara baru akan didatangkan bersama-sama dengannya, yang mana bakal memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi mereka, selain menjadikan hasil mereka lebih fleksibel lagi. Salah satunya adalah penggunaan let sebagai ganti kepada penggunaan tradisional var.

Pembangun pelayar web seperti Mozilla dan juga Chrome telah pun memulakan integrasi tersebut pada versi pembangunan mereka, dan mungkin ianya akan digunakan dengan meluas tidak lama lagi. Jadi, sementara ia belum dikenalkan secara rasmi, pelajari pelbagai perkara asas berkaitan JavaScript melalui aplikasi pembelajaran seperti Codecademy.


MobileKini - MalaysiaKini Versi Mudah Alih
P1 Memperkenalkan Perkhidmatan VoIP
Nokia Maps Kini Menyokong Android Dan iOS
Penggunaan Rangkaian Sosial Pada Telefon Pintar Adalah Amat Tinggi Di Malaysia
Maxis ebuuk Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Android Dan iOS

8 Komen

  1. sejukstudio pada 12 Feb 2012

    staiii

  2. Ahmad Fikrizaman pada 12 Feb 2012

    x tau pulak javascript pun ada nama eh.. selalu tengok javascript1.2 dan etc.. menarik2..

  3. syahrilhafiz pada 12 Feb 2012

    javascript pun ada nama, konfirm, css , c++ ada versi dia sendiri kan..pening2

  4. tarmizishukri pada 12 Feb 2012

    semoga dgn nama itu student2 akan lebih meminati kursus jvs.. :p

  5. Omar pada 12 Feb 2012

    let x be 12 :P

  6. arpem pada 12 Feb 2012

    penghujun – G

  7. Syafiq Лomoтехн pada 12 Feb 2012

    #dejavu.
    aku pernah dengar pasal harmony. bila check balik. betul, tak salah.

    :D

  8. Dadan pada 12 Feb 2012

    setiap tahun berganti, setiap itu pula perkembangan teknologi berkembang


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader