Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini dengan pengguna Nokia (berasaskan Symbian) sedia ada telah pun menerima kemaskini Nokia Belle pada peranti mereka, generasi seterusnya untuk platform Symbian ataupun yang mana kini dikenali sebagai Nokia OS telah pun mula kedengaran, diperkatakan Nokia Carla akan dilancarkan untuk peranti yang disokong pada suku tahun ke-empat tahun ini.
Sebelum kemaskini tersebut dikeluarkan kepada peranti Nokia sedia ada, seperti Nokia N8, C7, E7, X7 dan lain-lain, Nokia dijangka akan memperkenalkan beberapa model sedia ada, iaitu Nokia 603, Nokia 700 dan juga Nokia 701 dengan Nokia Carla bermula daripada suku tahun ketiga tahun ini. Selepas pelancaran peranti tersebut, kemaskini dijangka akan diperkenalkan untuk peranti Nokia Belle sedia ada.

Buat masa ini, fungsi baru penuh yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Nokia Carla masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, ia diperkatakan, Nokia turut sama akan memperkenalkan kemaskini Carla versi ringan untuk peranti dengan kuasa pemprosesan kurang 1GHz, membolehkan pengguna peranti sedia ada turut menikmati sokongan kemaskini tersebut.
Walaupun Nokia kini memfokuskan pada peranti Windows Phone, nampaknya mereka masih mengekalkan sokongan untuk peranti Symbian sedia ada, dan bakal membawakan pelbagai kemaskini pada platform sistem operasi yang antara terawal, Symbian.
30 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Yeah! Symbian is NOT dead!
p/s: sedang menantikan Nokia xxx PureView (N8 Successor) 27Feb ini.
Sedikit teaser dari Nokia
Harap2 betullah rumor yg mengatakan pengganti kepada N8 ialah Nokia 808 dengan Symbian OS.
Herm , buatpa Symbian… tak besh… rugi duit mahal2
Tak suka Symbian? Kenapa anda baca post ini? Kalau tak suka duk diam2 okay.. Peace yo!
+100
Mesti dulu kau tak pernah merasa pakai daun, sabun, etc.. BOOOO!
hahaha. +10
ada ubuntu utk android… symbian ada?
long live open source
@konikoni,
Tiada Lama, Tiada Yang Baru
Berterima kasih la pada Symbian. Kalo tak, phone anda dah macam kalkulator je.
+1
Hidup Symbian!!
NICEEE!
pada aku symbian masih lagi “tendang punggung” beb.. hahaha usb otg, nokia maps, fb, twit, email, semua boleh wat.. garmin xt offline gps (dgn map yg salu dinaiktaraf) opera ehem2.. hahaha
+(infinite)
nokia selalu terdepan…
nokia memahami golongan org tak berada.
yeah!
i love symbian
…. Bgi yg gne OS lain tu, xyah la nk kutuk2 symbian ..
Yup, respect Symbian.
Nokia N-Gage adalah permainan multiplayer mudahalih pertama aku. Biasa la orang miskin takde PSP.
LoL…. android ade USB OTG? takde kan…?? ahaha…
sYmbian Rules bebeh…
You must be new here.
Google it first.
Your intelligent approx. over 9000 sir.
*pokerface*
usb OTG 2 apa??…
USB On The Go
galaxy note/S2 ada usb otg
s2 mahal giler.. symbian yg murah2 da ade usb otg..
Symbian FTW!!
Harap-harap Nokia dapat kejar dalam kejar mengejar dunia Mobile OS, banyak betul dorang nak handle Meego,Windows Mobile dan symbian. Pergh.
like a bos,
Aku pengguna Android, tapi aku masih respect Symbian sbb my 1st smartphone adalah Symbian 60 v2 (Nokia 6670). mungkin outdated, tp kita patut terhutang budi dgn Symbian sbb Symbian la yg memperkenalkan kita psl smartphone ni dlm masa yg sama, merevolusikan penggunaan smartphone. sebelum kdtgn Symbian, smartphone hanya untuk golongan bisnes/berada. mcm Palm OS dan Windows Mobile. tak semua mampu beli Palm OS atau Windows Mobile waktu tu kan??
+1000000
Symbian la phone high tech dan murah zaman2 dulu. Kalo tak pakai le phone CSL ada antena TV tu.