Bersempena dengan Mobile World Congress yang sedang berlangsung pada minggu ini, Google telah pun mengeluarkan data terkini mereka, dimana kini Google mengatakan terdapat sebanyak lebih daripada 850,000 peranti Android diaktifkan setiap hari diseluruh dunia, sekaligus memperlihatkan peningkatan drastik sehingga 250% berbanding tahun lepas.

Ini sekaligus menjadikan peranti Android diseluruh dunia kini berjumlah lebih 300 juta peranti, dan meningkat setiap hari. Dari segi angka aplikasi di Android Market pula, ia kini terdapat lebih daripada 450,000 aplikasi yang sedia dimuat-turun, dengan lebih daripada satu billion aplikasi dimuat-turun setiap bulan oleh para pengguna.
Angka-angka ini dijangka akan terus meningkat sepanjang tahun ini. Selain daripada Android, salah satu platform lain yang turut menerima perhatian pengguna dan juga pembangun sepanjang tahun ini adalah Windows Phone daripada Microsoft.
peningkatan yang sungguh luar biasa…
Jumlah utk aplication yg berkualiti dr android tkde???
Hi noob, banyak kot. Free lg, xyah nak beli atau jailbreak.
banyak 2 berapa nk taw jgk??
lagi banyak dari appstore. apple fags
BILA ICS NAK DAPAT KAT SAMSUNG GALAXY SII
Insya’Allah dlm bulan 3 ni. Custom ROM ICS dah ada. Check here:
https://plus.google.com/u/0/118115934240414074278
tak sabar nk tunggu Android 5.0 (Jelly Bean) coz ada multi-tech detected
Multi-tech means?
Byk tapi kualiti takda ada.dahlah selalu laging..sory to say la android.usaha lagi
Custom ROM kn ade, try dlu. InshaAllah tk lag.
long life android
tak mampu nak beli henset canggih yg ade fungsi android ni..hoho
robot hijau menguasai dunia.. hoho
hebat tak hebat android nih~