Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bing mungkin bukan salah satu enjin carian yang popular di Malaysia, namun Microsoft tidak membiarkannya begitu sahaja. Selain daripada menjana carian pada Yahoo!, kini Microsoft turut menggunakan Bing untuk memperlihatkan Windows 8 Beta yang bakal dilancarkan pada bulan ini. Selain hanya enjin carian, mereka turut menyediakan beberapa info berkaitan dengan Windows 8 terus melalui laman Bing.

Melalui animasi ikan laga yang sebelum ini digunakan pada Windows 7 Beta, kini ianya diperlihatkan pada laman Bing, dengan apabila kita meletakkan tetikus diatasnya, beberapa info berkaitan dengan Windows 8 diperlihatkan, termasuk Internet Explorer 10, sokongan perkomputeran awan, dan juga menjenamakan Windows 8 Beta sebagai Windows 8 Consumer Preview.
Namun tiada sebarang tarikh pasti diberikan oleh Microsoft buat masa ini. Tetapi apa yang diketahui adalah Microsoft akan memperkenalkan Windows 8 Consumer Preview ini kepada umum pada bulan ini, yang bakal membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan Windows Store.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah, tak sabar nak tunggu ni.. tapi letih la nak reformat balik kan..
x sbr nk tnggu jgk….
Nanti aku nak buat dual boot laa
nice je,,,tpi jangan la w8 nie berat macam vista.. aku guna yg ori vista pun syg nk tukar.. sebab nya ori walaupun berat
bila la nk release w8 nieh…
wahh . enggak sabar sihh!
Masih belum betul2 gunakan bing. Mungkin nanti guna secara kerap nanti.