Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Effective Measure hari ini telah pun mengeluarkan statistik semasa para pengguna digital di Malaysia untuk bulan Januari yang lepas, dimana dari statistik yang dikeluarkan, ia memperlihatkan sebanyak 32% pengguna digital tempatan mengakses internet melalui peranti mudah-alih, memperlihatkan potensi kandungan mudah-alih di Malaysia sepanjang tahun ini.

Dari segi pengguna, sebanyak hampir 58% pengguna digital tempatan adalah lelaki, dengan majoriti daripada mereka, menggunakan 56% bahasa Malaysia sebagai bahasa interaksi, serta kumpulan pengguna yang paling ramai berumur 21 hingga 30 tahun.
Angka pengguna digital tempatan dijangka akan terus berkembang sepanjang tahun ini, dengan lebih banyak kawasan menerima sambungan internet berkelajuan tinggi, disamping kos pembelian peranti mudah-alih dan juga komputer yang dijangka akan terus menurun sepanjang tahun ini.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dan rasanya kebanyakan daripada mereka mengakses laman sosial…
rasanya ramai yg akses porn. ahaha
kire internet dan laman sosial dh sebati dalam diri
sama dengan di Indonesia…paling banyak membuka laman sosial
rata2 student yg menguasainya..
a’ah.rata2nya student.mcm aku..hehe
Adakah tepat statistik ini? Ada statistik berkenaan peranti yang digunakan tak?
nak kata tepat..-tak kot. Kene tengok juga method yang digunakan, berapa besar sample yang diambil etc etc….fokus nya di mana, adakah di bandar besar macam KL atau seluruh Malaysia?
tapi kita boleh guna ini sebagai rujukan je lah..
statistik ni dari Effective Measure
Chrome tetap di kepala lutut?
plzzz la kasi unlimited data pd pengguna telefon.. wahai sume ISP..lol