26Feb

Mentari Works Bakal Melancarkan Perkhidmatan Untuk Pencari Kerja – Kdnp.me

Web 2.0

Selain daripada laman Faces.my yang masih pada peringkat beta tertutup, nampaknya, pembangunnya turut sama melancarkan projek terbaru mereka, dinamakan sebagai Kdnp.me, yang mana turut memfokuskan kepada memudahkan para pekerja mengiklankan diri, serta membolehkan pemilik perniagaan atau sesiapa mencari pekerja dengan pantas.

Melalui Kdnp.me, ia membolehkan mereka yang ingin mencari kerja baru, mengisi sebuah borang ringkas, seperti bidang tugas mereka, gaji yang diinginkan, dan sekitar lokasi mana, dan menyenaraikan mereka pada halaman mereka-mereka yang sedang mencari pekerjaan baru, serta membolehkan mereka yang ingin mencari pekerja untuk menemui mereka dengan mudah.

Laman Kdnp.me boleh dikatakan masih dalam peringkat pembangunan buat masa ini, dengan beberapa halaman yang masih belum aktif lagi sepenuhnya, disamping fungsi carian, serta beberapa perkara lain yang masih belum disertakan sepenuhnya. Ia juga masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan secara rasmi kepada semua, dan bagaimana ia akan beroperasi disamping Faces.my kelak.


PayPal Membuka Pusat Khidmat Pelanggan Di Malaysia
Kini Pengguna DiGi Boleh Menerima Tweet Balasan Melalui SMS
Facebook Touch Kini Turut Menyokong Aplikasi Dan Permainan
Pengguna MegaUpload Bercadang Ingin Menyaman Pihak FBI
Facebook Bersedia Untuk Memfailkan IPO Seawal Rabu Hadapan

8 Komen

  1. HeartR0bber pada 26 Feb 2012

    bunyi mcm Kidnap Me!!

  2. Junaidix pada 26 Feb 2012

    semoga maju jaya untuk Bat & the geng :)

  3. Pisyek pada 26 Feb 2012

    boleh la aku try2, dah lama da menganggur nih. :D

  4. Dadan pada 26 Feb 2012

    akan menjadi solusi bagi para pencari kerja tuh

  5. atok pada 26 Feb 2012

    :)

  6. Hisyam Adnan pada 26 Feb 2012

    Tahniah Mentari Works.. projek yg bernas

  7. Firdaus pada 26 Feb 2012

    MentariWorks tu ejaannya rapat man :D *senior pun tak tahu ka*


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader